Monday, 17 June 2013

Vol. 25 : Aku dan 'blog'

Aku 'blog'..
Bila aku rasa aku perlu..
Aku 'blog'..
Bila aku rasa masa yang bakal diluang tidak menjadi fitnah bagiku..

Aku 'blog'..
Bila sesuatu perkara itu tak terluah dengan kata-kata..
Aku 'blog'..
Bila sesuatu perkara lebih baik didiamkan dan tiada salah dibiarkan jari-jemari berbicara..

Aku 'blog'..

Tanpa aku kisah siapa pun yang membaca.. *kecuali sang Pencipta & malaikat di bahu kiri kanan*
Aku 'blog'..
Tanpa aku kisah blog traffic dah jauh mana waima dah berapa ramai follower..

Kerna bukan itu sebab-musabab aku bermain dengan papan kekunci..
Semoga tiada sekecil zarah pun bit-bit ayat disini yang bisa menjadi fitnah/saham dosa di dunia sana..
Aku akan ingat itu setiap kali terdetik di hati rasa mahu berkarya..
Walaupun aku tahu diri ini bukan, bahkan takkan pernah jadi sang pengkarya tegar masyhur seantero dunia..
Hahaha..
Ahh Aiman tak kesah..

*
SENYUM!!*

No comments:

Post a Comment