Assalamualaikum..
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..
Di era globalisasi tanpa limitasi kini *cewahh macam karangan bahasa Melayu tingkatan 5* melihatkan ramai daripada kalangan kita khususnya Umat Islam yang mudah mengeluarkan/menyebarkan sesuatu perkara mengenai HUKUM Islam sewenang-wenangnya kan?
Sehingga menjadi fenomena 'biasa' pada hari ini. Oh itu HARAM, ini HARAM..sedangkan kita sendiri merupakan insan kerdil yang masih belum mengerti hakikat sebenar perkara yang kita lontarkan tu kan?
Lazim isu yang ditimbulkan pada hari melibatkan isu-isu remeh atau cabang furukiyyah dalam agama umpama hukum sambutan April fool, status minuman Barbican, penggunaan instrumen musik seperti Gitar etc, terbaru berkaitan Hari Ibu dan seangkatan dengannya.
Beberapa perkara kita harus berfikir sebelum "post" mengenai sesuatu perkara yang diri sendiri kurang pasti lebih2 lagi di laman sosial seperti Facebook/Twitter, antaranya :
1. Apa tanggapan orang lain yang bakal timbul apabila membaca? Positif atau negatif?
2. Apa kesan terhadap penganut agama Islam itu sendiri dan bukan Islam apabila membaca *Laman sosial umpama MukaBuku bukan dikuasai golongan Muslim sahaja*
3. Adakah kita sudah betul-betul arif tentang hukum yang kita war-warkan?
4. Sudahkah kita rujuk kepada sumber Al- Quran, Nas-nas hadith sohih ataupun Qias/Ijmak ulama?
Ya, saya faham Niat disebaliknya sudah pasti baik. Mungkin untuk berdakwah, menyampaikan info kepada sahabat-sahabat kita. Alhamdulillah itu sangat baik. Kata Nabi SAW, "Ballighu anni walau ayah". Ertinya, "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat". Tapi CARAnya itu perlu kita perhalusi semula. Ruangan dakwah ini sangat luas. Apabila kita terlalu mudah labelkan sesuatu perkara itu HARAM, kemungkinan pihak yang membaca akan tersalah faham,
"Ehh..cerewetnya Islam ni. Itu tak boleh..ini tak boleh..ahh susah lah macam ni. Banyak sangat halangan.."
Itu adalah kemungkinan yang bakal timbul dalam diri kalangan kita yang kurang mengerti/cetek ilmu tentang Islam. Islam itu mudah. Islam tidak akan sesekali menyusahkan kita sebagai penganut melainkan untuk kebaikan ummat itu sendiri. Mengenai soal hukum, ramai Ulama' mujtahid mahupun muktabar melontarkan pandangan mereka.Kadangkala ulama'-ulama' muktabar bersepakat mengeluarkan fatwa mengenai permasalahan semasa yang timbul dalam dunia umat Islam hari ini. Ambil dan fahami mana-mana pandangan majoriti yang sesuai dengan diri kita. Misalnya, lain negara lain kefahaman. Lain mazhab, lain cara pentafsirannya. Akhir sekali sukanya saya memetik kalam Allah dalam Al-Quranul karim,,
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)Semoga kita kekal Istiqamah dengan inisiatif dakwah yang disampaikan. Dan moga Allah sentiasa guide kita kearah yang lebih baik dan lurus menuju ke Jannah. Jannatul Firdaus sasaran kita!! InsyaAllah. Tiada niat buruk dalam post ini. Cuma sebagai lontaran pendapat diri ini yang masih DAHAGA ilmu Allah yang disampaikan Rasulullah SAW junjungan kita. Mohon ditegur jika ada sebarang kesilapan dalam penulisan ini. Syukran. Barakallu fikum. Jazakumullah :))
p/s : Disini sudah Asar, azan juga sudah berkumandang, mari jemaah di Masjid ikhwah-ikhwah sekalian :)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. :)
waalaikumussalam. sama-sama :)
ReplyDeletesama2 menuntut ilmu dahulu penting terutama drpd Guru. br bahas kan sesuatu perkara. jika mmbahaskan sesuatu perkara wthout knoeledge tidak mndtgkan ap2-kosong - nafsu semata. syukran atas perkongsian. keep it up :-)
ReplyDeleteyup dats right.masalah tipikal org skrg ni,bila brcakap mngenai hukum/cabang2 furukiyah dlm Islam,mereka "rasa" mereka sudah cukup arif.ramai betul ulama' cyber kan.xpyh mngaji bdg agama 4-5 tahun dh bleh decide hukum.setahun mnuntut ilmu dr blog-blog/fb sudah cukup bagi mereka agaknya.hehe
ReplyDelete