Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim..Sobahul khair kullu Mansouriyyin! Mulakan pagi dengan alunan ayat suci Quranul karim~
Sketsa Pendek (REKAAN semata-mata) :
Ahmad : Man, Aku sedar aku ni makin lama makin 'setan' lah Mad..makin jauh dari sang Pencipta *sedih*
Leman : Hahh bagus lah tu kalau dah sedar..haha ececehh gurau je. Habis tu kau nak suruh aku buat apa?
Ahmad : Hmmm entah lah. Kata-kata perangsang or ajakan amar makruf? Maybe..
Leman : Gaya kau macam ingat aku ni Alim sangat je. Tak jugak lah Mad. Aku tau jauh dalam benak hati kau nak BERUBAH kan? kan kan? kih kih kih :)
Ahmad : Ada lah sikit. Tapiiii.....
Leman : Apa tapi tapi? keretapi? hehe. baguslah at least ada juga keinginan tu. ce cita ce cita..
Ahmad : Aku bukan taknak berubah Man..tapi 'surrounding' aku tidak menggalakkan aku untuk berubah kearah lebih positif lah Man. Takda siapa nak "guide" aku! plus self-initiative pun tiada
Leman : Erkkk serious terasa!! Kau nak cakap aku ni bukan sahabat yang kau boleh harapkan lah? -.-
Ahmad : Ehh bukan lah cenggitu. Jangan salah faham. Kau bukanlah orang soleh sangat tapi tak lah juga Alim sangat. Tak macam aku... and aku perasan sekarang kau dah makin improve! That's why minta pendapat kau ni
Leman : Ohh gitu..awat pula? Aku tengok ramai je sahabat-sahabat kita yang soleh-soleh. Rajin ke masjid,
Istiqamah attend kuliah agama, baca Quran macam layan komik aku tengok. Kadang rasa segan juga tengok. Dalam hati cakap, "kita ni seminggu pun tak sekali sentuh Quran, apatah lagi tiap-tiap hari.aduhh" Rajin-rajinlah bergaul dengan dorang :)
Ahmad : Cakap memang senang Man. Tapi nak buat tu alahai. Dorang bukan type macam aku. Orang alim kan semua stok layan buku agama. Solat memanjang. Usrah siang malam. Kuno betul. Kata orang, tak masuk lah dengan jiwa roxx macam aku ni. Aku kan berjiwa ranggi. ohh yeahh bebeh.. Ceewaahh hehe. Okay2 aku serious ni
Leman : Siapa kata Mad? kau ingat orang soleh-soleh semua yang stok duduk Masjid 24/7 tu je ke? kolot sungguh lah ekau ni. Orang soleh tu bukanlah dinilai atas amalan ibadah dia semata-mata. Aspek pengamalan kepada ilmu yang dia ada juga menjadi salah satu kayu pengukur. Bagaimana dia praktikkan ilmu yang dia ada. Barulah dinamakan mukmin yang sejati. Kau tau tak antara dorang-dorang yang kau kata apa tadi? KUNO? tu pun ada je yang pro guitar, goreng rock kapak baik punya. Ada yang kaki Dota, kepala Genius study, even main bola gempak pun ada. Kau kat sini buat apa? duduk depan laptop, update blog memanjang? dorang jauh advance lagi kot daripada kau
Ahmad : Ohhh OKAY fine *ambik kau Mad.kena hentam sekali =.=*
Leman : Tadi kau cakap nak berubah? nak kasi alasan apa lagi? Aku pun tengah slow-slow nak berubah juga ni actually. Sorry lah tak ajak kau. Takda kekuatan lah nak amar makruf nahi mungkar kat member dekat sendiri -.- feel tu lain tahu!hehe. Kita nak berubah ni kena step by step. Tak boleh expect terus bertukar jadi macam sahabat-sahabat soleh yang lain tu. Yang penting usaha itu perlu ada! Biar sikit asalkan istiqamah yakni berterusan :)
Ahmad : Alrite alrite. So apa aku kena buat sekarang ni?
Leman : Hahh bab tu, Aku akan tanya kau beberapa soalan. Seterusnya Lu Pikir Lah Sendiri..meshi? *ehh apasal masuk arab tetiba ni?*
Ahmad : Okay. hahh apa je?
Leman : 1. Berapa kali sehari hang pi jenguk pak Imam / tok Bilal kat masjid dekat dengan ghumah tu?
2. Berapa ramai ja ustaz rajin pi bagi kuliah kat area rumah hang yang hang kenai?
3. Berapa kali sehari/seminggu sentuh Quran atas rak tu? ke berhabuk tebal cantik comel molek ja?
Ahmad : Adoihh soalan cepu mas ni Mang. Berat nanang ambo nok menjawab ni. Haha *ganu lah pulok, tadi utagha*
Leman : Hahh dulu aku minta pendapat orang lain pun dia jawab macam tu juga. Kalau 3 soalan tu pun tak boleh nak jawab dan tiada tindakan, maka ungkapan 'mahu berubah' kau adalah sekadar retorik di mulut semata-mata. Action speak louder than words!hehe. Kalau betullah niat kau ikhlas nak berubah jadi lebih baik, "fikir-fikirkan dan selamat beramal" quote sapa lah tu agaknya kan?hmm. InsyaAllah itulah benda paling basic untuk peringkat permulaan kearah membentuk sahsiah/peribadi seorang Muslim
Ahmad : Okay InsyaAllah. Kalau hang nak pi jenguk pak Imam, tok bilal, tok siak masjid, tok kadi *ehh ehh?* rajin-rajin lah ajak aku sekali naa :D
Leman : InsyaAllah. Aku ni pun tengah usaha jihad + istiqamah + mujahadah ni. Nak beramal itu mudah, tetapi nak "istiqamah" itu menjadi cabaran utama!fuhh..Sama-sama lah kita saling mengingati & membimbing antara satu sama lain. Nak berubah kena ada komitmen juga! bukan kahwin je. Biar ukhuwah yang terjalin bisa membawa ke Jannah! =D
That's all for my ultra-long post!hihi sketsa pasal Ahmad dan Leman (bukan nama sebenar) yang tak seberapa best pun. Watak Leman tu pun BUKAN membawa identiti diri saya sendiri. Sekadar rekaan semata-mata. Sori lah tak reti nak mengarang pendek-pendek. Jika fahamkan betul-betul message tersirat yang saya cuba sampaikan, Dua-dua individu punyai tanggungjawab masing-masing. Walaupun pada awalnya si sahabat tu sahaja yang minta pencerahan untuk berubah kearah jalan yang lurus. Itulah gunanya hidup berukhuwah dengan sahabat dan amar makruf nahi mungkar. Saling bergantungan antara satu sama lain. Sentiasa menyeru sahabat sekeliling kita untuk berubah kearah lebih baik. Di saat saya sedang mengarang panjang lebar ni pun bukanlah bermaksud saya sudah menjadi seorang rijal yang Soleh dan sempurna persis Saidina Ali bin Abi Talib mahupun Zubir Al-Awwam, diri sendiri juga sedang menuju kearah itu :)) Setiap daripada kita pasti ada detik-detik hitam di zaman jahil dulu kan? Just left those bad histories behind and open a new book in our life. The best among us are the one who dare to make a change! My ex. teacher during school times used to say this, "when a person learns, changes will take place in his inner world. Therefore his behaviour changes, not because he has to but because he wants to" (dunno where he took from)
Firman Allah dalam surah Ar-Rad 13:11, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri"
Syukran jazillan~
No comments:
Post a Comment