Sunday 16 December 2012

Vol. 21 : Realize

#np If you just realized, what I just realized.. Colbie caillat *bajet macam dekat Burung Biru* Hehe

Don't know who exactly the person you are pointing to..
Either me myself and anybody else out there..
Let say if that 'you' actually was me,,
So what I'm going to say is/are,,

Yes I realized. Always..

Peringatan kepada diri sendiri juga :

Kadang-kadang kan, Tak semua perkara yang kita rasa Baik, betul-betul baik untuk kita,
dan Tak semua perkara yang kita rasa buruk itu, sememangnya buruk untuk kita..

Boleh jadi yang kita rasa baik itu lebih membawa kemudharatan pada kita, dan yang kita rasa buruk@benci@salah itu lah kemungkinan merupakan yang Terbaik untuk diri kita :)

Hidup kita ni sentiasa berada dibawah percaturan kuasa Allah. Apa yang Allah dah aturkan untuk kita, kalau kita muhasabah balik.. memang dah cukup "emmmpphh", cantik or sangat Osem untuk kita. Itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Takkan Allah nak uji kita dengan something yang kita tak mampu hadapi kan?
Makanya.. mujahadah lah hati dan hadapi dengan tenang dan sabar. Kalau sekarang kita tak nampak lagi hikmah disebaliknya, lambat laun Allah akan lintaskan di hati kita juga :)

Last but not least,, SENYUM! :D

p/s : 2 hours left before Last PBL session for this Semester 3. 9 objectives not fully prepared yet. sempat lagi mengarang Essay kat sini -.-

Saturday 15 December 2012

Vol. 20 : Another lame post without title. Problem?





Hello hello Assalamualaikum kaifa haluka alyaum? Izzaayak amal ih? Ana kuwayyiz alhamdulillah *sendiri jawab* hahh mesti pelik kan amende lah benda atas ni, ADHARA bla bla bla. takpe nanti akan beritahu..


Ok memang Aiman Syukrie ni jenis kejap datang kejap hilang pun kat blog ni kan. bila fikir2 balik, maybe jadi macam tu sebab everytime nak post benda baru mesti panjang berjelaa and perlukan masa yang panjang untuk berfikir. bila hilang idea, mula "save as draft" dan hasilnyaaaa...berlambak2 draft tak sent -.- lagi satu mungkin penulisan before this banyak kearah menjaga hati orang *tau je ada stalker diluar sana tu* dan tidak mengikut keselesaan diri sendiri.


Makanyaaaaaa,, akan mula ubah cara penulisan. Make it more santai and the most important is, "just be myself". Kadang2 confuse sama ada nak jadikan blog ni kearah lebih kepada medium penyampaian dakwah or berbentuk Diari kehidupan diri sendiri. So, lebih prefer yang kedua tu. Lama kelamaan, mula terfikir method da'wah ni tak semestinya perlu jadi skema, post benda "copy&paste" yang most people SUKA sangat buat kat blog-blog dorang zaman sekarang ni. Nevermind, terpulang pada dorang. Blog dorang sendiri, bukan blog kita kan? Hmm. Terpulang pada diri sendiri sebenarnya, method bagaimana yang sesuai dengan hati dan cara pemikiran. yang penting, Again, "just be myself!!"


Anyway, minggu ni lebih busy kan diri dengan...jeng jeng jeng.. Kempen Pilihan Raya PERUBATAN cawangan Mansoura, Mesir *tempat study sekarang ni* bukan tuan penulis ni yang bertanding, just bantu dalam gerak kerja untuk promosikan geng-geng 1 batch yang masuk bertanding kerusi AJKT (8 kerusi sahaja). Semestinya ADHARA *nama rasmi batch Mansoura-Manchester program 2011/2017* dengan logo utama, "Ripple To Wave". Amende maksud tu? sori agak kurang rajin atau dengan erti lain MALAS nak ulas. Haha. Boleh tengok sendiri kat kitorang punya Fanpage :


 https://www.facebook.com/AdharaRippleToWave?ref=ts&fref=ts



 

Jangan lupa LIKE & VOTE *wajib bagi warga Mansoura!!* kalau tak mahu vote calon daripada ADHARA pun, boleh je vote calon lain. yang penting apa dia? TURUN VOTE!! sudah2 lah dengan Saratoga tebal & buku 24 jam tu. Tunjukkan korang tu mahasiswa yang proaktif dan produktif okay? :)

Ok just make this post short.*SHORT ke?* Tuan punya badan ni memang tak pernah reti nak type pendek-pendek. Sekali mengarang, hahh gini lah jadinya. Memang gaya Essay. Tak puas menulis karangan SPM bak kata member sorang tu. Agak r. Haha. And tak kisah biar jelah gaya penulisan bercampur aduk Melayu English Arab. Asalkan selesa dan mesej itu sampai. Betul tak? Hehe

Last but not least, Go Go Go ADHARA : Ripple To Wave!!! Goodluck Ariff Anuar, Ariffin Hakim, Afiq Husni & Dania Hazirah. Personally berpendapat, korang sememangnya LAYAK naik AJKT after dengar perbentangan manifesto korang semalam *pendapat peribadi, bukan sebab korang sama2 satu batch ke apa* Kitorang mampu promosikan korang je, selebihnya ALLAH yang tentukan. Semoga ALLAH permudah segalanya dan votes memihak kepada korang ye. Kejayaan korang, kejayaan buat ADHARA juga :D 

Ok bye, Ma'assalamah! ~Senyum itu sedekah~ :)




p/s : SARATOGA tu term Arab Ammiyah (moden) stand for "Selimut tebal" orang arab biasa pakai time Winter season. Sekali dah hibernate dalam bendalah tu time2 winter ni, perhhh memang muhajadah tahap max nak bangkit habak hang, especially part nak bangun Subuh. Haha

Wednesday 17 October 2012

Vol. 19 : Kini Kembali Semula..



Ya tahu! memang dah lama tak update blog ni pun. saje hold lama-lama, nak kasi blog berhabuk sangat-sangat sampai tiada lagi orang yang follow setiap update! cewahh perasan. Haha
takde lah. Setiap kali nak menaip update, mesti ada perkara lain yang lebih Aula' untuk didahulukan. Macam sekarang ni pun, ada je banyak benda lain kena buat. Terlintas lah jugak berkali-kali perasaan bersalah di hati ni. Hehehe
Ada 3-4 updates yang terbiar as "Draft". tapi tak post-post jugak. Last-last delete je semua. Macam banyak merepek benda tak berfaedah / dah tak relevan untuk dibuka kepada bacaan umum :)

Sometimes rajinkan diri untuk check balik post-post sebelum ni. Selalu datang perasaan risau kalau-kalau ada penulisan yang berunsur negatif, mungkar, Riak Ujub Takabbur, lagi-lagi yang berpontensi besar untuk 'top-up' dosa free-free kepada diri sendiri setiap kali ada orang baca. Harap-harap tiada lah *kalau ada, boleh lah tegur ya, mana tau ada terlepas pandang*

By the way, I'm officially being a 2nd year Medical Student, Mansoura-Manchester PBL program, MBBS of Mansoura university, Egypt right now! Alhamdulillah lepas juga tahun 1. Personally, merasakan Sem 2 pun dah mencabar gila-gila. Agak-agak masuk tahun lebih senior ni entah cemana pula. Awal-awal tahun 2 ni banyak disogokkan dengan macam-macam pendapat seniors yang Sem 4 lagi susah. Study Neuroanatomy. Psycho tahap max. Oh My Allah. What ever it is, for Sem 3 now so far so good. Alhamdulillah boleh adapt dengan style PBL baru :

  1. kena buat semua objektif!! serious penat + pening -_-
  2. PBLmates baru *macam biasa ada je sorang dua pak arab yang buat kepala*
  3. Tutor bagi terus full objectives. Tak perlu nak muntahkan cadangan sendiri dalam group. Ada pros ada cons juga lah
Cumanya, ada 1M! Bukan 1Malaysia *puke please!*, tapi '1Masalah' terbesar yang boleh detect setakat ni, PENGURUSAN MASA yang lemah antara study, main, ibadah & aktiviti persatuan. Belum ada study plan yang jelas. Setakat target di kepala, tiada yang 'on paper' atau dalam bentuk jadual kat notice board. Tu jelaa kot paling kritikal setakat ni. Masih mencari rentak yang sebenar untuk gunakan masa semaksima mungkin secara terurus. Can't afford to lose so much times like before, in Sem 2. At the end, ME myself got suffered. Hopefully can settle all them by this week. May Allah ease, InsyaAllah~


Saturday 28 July 2012

Vol. 18 : Is this how we 'fight' during our childhood?


Hahahaha. Keep watching this again and again. Alahaiiii they were just simply Adorable!! Especially that little girl..
Cuuuutee fighting evahhhh!!
Just imagine kalau zaman kita kanak-kanak dulu pun pernah lakukan benda yang sama,,eeiii comelnya kita kan? Haha
Dorang nampak cute, sebab still looks like setahun jagung kan. Cuba kalau orang dewasa tu, confirm dah buang tebiat gila namanya
Video ni macam dah lama. Maybe aku je lah kot baru perasan kewujudan video ni di Alam semesta. Lol :P


p/s : Took from Aimie's notebook *my elder sister,the 2nd* 
#Credit to you Cik Keding (kuat makan tapi tak penah nak gemuk) huahuahua :D

Friday 27 July 2012

Vol. 17 : Rahmah, The beginning

*inhale.............exhale*
Bismillahirahmanirahim : In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful ~


    So far so good. We are now in the 7th day of Ramadhan and still searching for Allah's blessing. Some hadith said (taken from Tanbihul Ghafilin), "The beginning of Ramadhan is Rahmah, Maghfirah (Allah's forgiveness) in the middle of the month, and at the end is protection from azab api Neraka" . Feel so great today alhamdulillah. Given a chance to perform Tarawikh prayer at Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam last night. The feeling....too hard to be describe. Marvelous! What a mellifluous voice by the 3 Imam led 20 rakaah prayers + 3 rakaah of Witr. Not sure whether they are local or invited guest from other country. What I wanna tell right now is they are just FANTASTIC! Perfectly considered as the best moment in Ramadhan 1433 Hijrah, so far. We need to keep constant in searching the "TRUE Spirit of Ramadhan". With Allah's blessing, everything will be fine. InsyaAllah


    Macam-macam target untuk ramadhan tahun ni. Tapiiiii, tahun ni nak buat kelainan sikit kot. Entah lah macam boring je ramadhan-ramadhan yang lepas semua target buat benda sama je. Khatam Quran, puasa penuh, Tarawikh every night..bla bla bla. Bukan lah nak cakap amalan tu semua tak bagus, tapi macam dah terlalu COMMON kan?

   So this year better come out with new ideas. Why not TEST ourselves with something different, something we never try before, something people rarely do/never give an attention to?am I right? What sort of it? You may find out by yourself. Without putting aside those major routines, there are a lot other Sunnah Nabi during ramadhan we can follow if we are serious. Again, IF WE ARE SERIOUS to spent time in Ramadhan wisely. Perhaps, amalan-amalan para Ulama' kita also good! The simplest I could write down here are such as memorize Al-Quran and hadith, *recall our hafalan maybe?* practice sodaqah especially provide food for breaking the fast to our brothers and sisters in Islam *sangat besar fadhilat* But still not many of us Malaysian aware about those Three right? Most of us nowadays prefer Food Bazaar and shopping for Raya as the top priorities during ramadhan instead of Tarawikh prayer and Qiamullail. Lets we make a change people!! I said "we" because me too struggling to do the same. Rabbana Yusahhil

  

                                                                                                       
    Personally, I got some other things more special to do. rahsiaaaaa.. Haha. Takpe lah tak perlu lah nak list down semua target kat sini. Macam-macam dah tulis kat memo. I have my own takwim yo. Hehe. Nanti rasa macam Riak pula tayang semua kat sini kan. hmmm. Tambahan pula, ni maybe ramadhan terakhir di Malaysia bersama keluarga. Next year maybe puasa & raya di Mesir je. Maybe laa.. Harapannya cenggitu lah. Jadi tak jadi, wallahua'lam bissawab. Nak merasa juga suasana Ramadhan & Raya Aidil Fitri di Bumi para Anbiya'. Nak merasa bagaimana Nabi Saw, para sahabat, ulama-ulama kita berjuang dengan amalan puasa di negara padang pasir. Tahun seterusnya entah panjang umur lagi ke tidak kita ni kan. Tiada siapa mampu pastikan melainkan Allah kan? hmm :'( Soooo saya mengingatkan diri sendiri dan orang lain supaya menggunakan setiap kelapangan masa yang ada dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ni sebaik-baiknya. Usaha sehabis mungkin untuk ramadhan yang penuh barakah ni. Kita hanya merancang, tetapi masih Allah yang berkuasa menentukan segalanya.Teringat pada sticky note seorang senior hebat tampal dalam bilik dia, "Hamba Allah yang hebat itu adalah mereka yang sentiasa terancang hidup mereka, sentiasa perbaharui visi dan misi hidup kerana Allah". Sedangkan lintasan niat di hati untuk melakukan perkara kebaikan sahaja sudah dianugerahkan pahala oleh Allah. Kita hanya mampu berusaha dan terus berusaha beserta tawakkal. Penentuannya? serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla. Renung-renungkan selamat beramal sohabah-sohabiah sekalian. Salam Ramadhan :))



p/s : Post ni sepatutnya dah "On air" *cewaahh* sejak hari pertama Ramadhan lagi. Sekali check tadi, baru perasan still terbiar 'save as draft' je. aduhh parah bebenor cik Aiman ni =.=' so i did several changes to keep it relevant with the situation today. Muchas gracias. Adios =D

Tuesday 17 July 2012

Vol. 16 : Permainan Hati

Sabar..sabar..As-sobaru minal iman~
Lumrah kemenjadian kaum Adam dan Hawa..
Allah jadikan manusia itu saling terpikat antara satu sama lain yang bertentangan jantina. Kalau minat pada yang sama jantina, maknanya ada masalah hati dan iman yang cukup parah disitu.. Muhasabah lah diri. Kembali semula kepada fitrah yang Allah sudah tetapkan sejak dari Luh Mahfuz. Cumanya, yang bisa mengawal perasaan itu tak lain dan tak bukan HATI kita sendiri. Apabila perasaan yang dilabelkan sebagai "cinta" itu membawa kita ke lembah kemaksiatan, jauhilah ia. Sesungguhnya ia pasti bisikan/godaan syaitan. Andai kata sesuatu percintaan itu membuatkan kita semakin dekat kepada sang Pencipta, maka itu lah yang sebaik-baiknya untuk diri kita. Apa mahu tunggu? Tarbiah lah hati kita dengan sempurna. InsyaAllah settle segala perkara.



Susah tu sememangnya susah. No doubt! Tetapi setiap detik mahupun saat kita bersabar itu merupakan satu usaha Jihad yang terbesar dan berlipat kali ganda pahalanya. Sebesar-besar jihad apa dia? "jihad melawan nafsu". Sehingga tiba tempoh masa yang sesuai, dipermudahkan jodoh, insyaAllah diputuskan dengan ikatan perkahwinan yang semua kita bakal tempuhi. Siapa tak mahu kahwin kan? itu juga langgar fitrah namanya. Kata Nabi saw, "Barangsiapa yang telah berkahwin, dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Hendaklah bertakwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi". Siapa tak nak nikmat tu? maka siapa yang merasa sudah bersedia, kejarlah ia. Okay tak nak bicara panjang pasal bab-bab kahwin ni. Kot banyak kot banyak cakap karang jadi angau pulak. Haha. Belum tiba masanya lagi untuk aku. Lama lagi barangkali. Banyak lagi keutamaan lain sebagai seorang anak adam di muka bumi Allah ;)

Btw, Aku selalu jenguk satu blog ni. Sejak b4 ada blog sendiri lagi. Bukan lah satu famous blog macam Maria Elena semua tu. Dan ia lebih kepada blog diari sebenarnya. Tapi... kebanyakan penulisan membuat aku lebih mengenali diri tuan blog tu. *NAMA DIRAHSIAKAN* :)) Banyak perubahan dari hari ke hari. Dari era yang kurang mengerti hukum Allah, berhijrah kearah lebih islamik. Kita semua tahu, Hidayah milik Allah kan. Kadang-kala menyentuh hati sanubari sendiri, "bila kau nak jadi lebih baik macam dia?" hmm. Semoga kekal istiqamah dan kuat dengan usaha awak. InsyaAllah. Dah lari topik sikit, actually nak cakap pasal lagu kat blog dia. Semenjak dua menjak ni, bila open blog dia mesti dihiburkan dengan satu lagu halwa telinga yang menarik perhatian aku. Lagu Opick - Cahaya Hati. Opick, penyanyi daripada negara seberang memang cukup sinonim kat Malaysia ni dengan lagu-lagu berkonsep ketuhanan beliau. Lagu dia memang best & banyak mesej tersirat macam Maher Zain, Irfan Makki, Sami yusuf etc. Cumanya dia tak lah sefamous dorang tu. Almaklumlah lagu pun versi bahasa Melayu-Indon. Sekali dengar macam takda apa. Dua tiga kali dengar *nampak sangat r rajin stalk kan?hehe* tetiba rasa tersentap hati dengan lirik dia. Rasa macam dekat dengan hati aku. Susunan vokal pun relax je. standard lagu ketuhanan lah kan. Maka aku pun merajinkan diri search full lirik kat google. Lirik lagu Cahaya Hati tu memang pendek je tapi amat bermakna pada aku. Bercerita mengenai realiti pengantungan hidup seorang hamba yang lemah kepada Al-Khaliq :') 

Bawah ni aku attachkan youtube link + lirik. Cuba lah dengar dan hayati. Lagu-lagu Opick yang lain pun not bad jugak. Entah lah aku sekarang maybe terpengaruh dengan housemate aku si Ariff tu kot. Every time dengar apa-apa lagu mesti akan selami lirik dia betul-betul. Mencari feeeel or aura sesuatu lagu tu. Hihihi Dengar kosong je buat apa kan. Baik dengar satu benda yang bawa mesej positif, membuat kita berfikir sejenak, ingat kepada tuhan. Selamat mendengar. :D


Opick - Cahaya Hati : 
Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala 
Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala 
Back to Reff:
Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu 
Back to Reff:
Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Thursday 5 July 2012

Vol. 15 : Why every post need a title?

Assalam. Bismillah

First week at home were great :D
Moved to 2nd and 3rd weeks, still good :)
Day by day times keep moving and my life slowly turn bored.. =__='
Sometimes quite busy handling family and personal matters. Paying water & electric bills, shopping for groceries every week, send Anis *my youngest sister* to school, settle down all bank matters, part time 'driver' etc..



Every day doing nothing at home. Wake up in the morning, continue memorize verses of Quran after subuh...after that nothing to do. Either sleep, eat, or online.. Those are 3 major routines in a day. That's real LIFELESS -.- yang interesting sikit pun, attend kuliah agama kat masjid malam-malam. Tu pun depends, antara dua je, either ustaz best, atau ustaz yang amat membosankan. At least terisi juga kan masa lapang di malam hari. Siang-siang bosan nak mampuihhh. Diri sendiri pun makin rimas tak tahu nak buat apa. sampai mood pun dah tak tentu arah dah. kadang rasa moody je semua benda serba tak kena, kadang baik hati sangat. Self-conflict kot. Sometimes get involve with volunteer work. Tapi nama pun 'sometimes', that mean bukan selalu lah. Kalau ada, busy kemain encik Aiman ni. pukul 12 malam baru balik rumah. Maka pakcik Hashimi pun mulalah dengan leteran beliau -.- ayat-ayat beliau pula sindiran membakar telinga belaka. Ahh lupakan..Once free, kosong terus agenda haritu. *most of the day free je* Hari-hari yang free tu sangat lah rugi masa-masa yang terluang. Sampai tak tahu nak isi dengan apa? ADA IDEA TAK NAK BUAT APA? Tell me what to do peh-liss. Don't feel hesitate to share anything. Wait wait let me guess first hmmm... 

bajet real habis.haha.selingan je ni :))


Feels like wanna find a job *medical fields related are better* Already move around Taman Seri Andalas, Bukit Tinggi somewhere nearest to my house, usha any clinic with job vacancy. But so far still no luck. I'm in dilemma actually. My parent offered me to join program Hafiz at any madrasah before this. Up to me to decide which madrasah I prefer the most. In or outside Selangor. Surely I was keen on this idea. But then I started to think twice. How I'm gonna generate my own income? With a lot of debt need to be settle once going back to Mansoura. Even though 3 months "santai selamba" at home, still need to pay 400LE/month for house rent. I mean the house in Mansoura. Not enough with that? Need to pay another amount of money for next year's study fees. 20++K kot! Of course impossible I can manage to pay the full amount! But at least I was able to contribute for my OWN education even 1 ringgit. Yes its parent's responsibility to support their children's education. But I'd be too cruel by letting them handle all 100%. Still have another 2 siblings not yet finish their school life. With the latest result yang menyakitkan hati, must be very tough to compete for scholarship. Dapat ke tak dapat ke wallahualam. Janji usaha! Most important vision is start SAVING from now. All about money..Ohh $$$$$$ how lucky I am to inherit Kingdom of Saudi Arabia's blood. I could live in luxury. Long journey Malaysia - Egypt in personal Airbus A340. Limousine with ready-to-drink Hot chocolate every morning. No more 15 min-walk to university every day. HaHaHa *berpijak di bumi yang Nyata lah aiman oii..* LOL..Hopefully Allah understands my situation and bestows His mercy upon me. Insha’Allah. There's some hadith telling that Malam Nisfu Syaaban is one of the special nights where every request or Do'a from son of Adam easily accepted by Allah..


Hoping for something better from tomorrow onwards. Keep in patience and wait!

p/s : kalau ada sesiapa tahu mana-mana kerja kosong area KLANG clock in 8-9am until 6-7pm *yang penting b4 maghrib* roger-roger lah sini okay. Syukran :)

p/s : if and only if you're stalking my blog rite now "PlainHabuk", tonight is Malam Nisfu Syaaban. I beg your forgiveness for all my mistakes. All these happen with reasons. Hopefully one day you'll understand. How hard for you to accept, the same goes to me too. Asif Jiddan~

Tuesday 3 July 2012

Vol. 14 : It's July already..

FINALLY!! I'm back here!! *alahai gaya nak kabo sekampung dah mai sini balik* Sorry for long hiatus



Ooops Assalamualaikum..
It's been a while haven't write anything here. So many thing to be share here indeed. Sounds impossible to jot down everything right? belanja aku teh tarik kurang manis + roti sardin mamak baru aku cerita from A-Z :P

The REASONS I'm away from blog for a month :

  1. Always not in mood to express everything in alam maya. Either good or bad thing.
  2. Less time spent for internet everyday
  3. NO unifi at home. Plan RM60/month. Internet line macam siput! not to mention during the peak time. Extremely slow! It's really getting on my nerves.arghhh *sakit hati*
  4. Busy-ing myself with volunteer work everyday + kuliah bedah kitab at night
  5. Currently recall and keep repeating my previous hafalan Quran, especially those surah-surah pilihan (Al Luqman, As-Sajdah, As-Saff etc)
  6. Usually doing part time job for PA system service during the weekend. Wedding reception, school event. Collecting fund for society
  7. Each time ready to write something or separuh jalan, mostly at night, ummi selalu kacau line, "aiman....come here for a while", "aiman...bring some food for me upstairs". After done with everything, the mood already gone -__-
Maybe tomorrow of some other day, I'll share my stories, experiences, memories throughout a month at home :))

Doakan setiap masa yang terluang diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Semoga apa yang telah dilakukan sebelum ini berlalu tanpa sia-sia dan berkat Allah menyusuli dalam setiap amal pada masa akan datang. InsyaAllah

P/S : to all my friends whose currently reseat the semester 1 paper in Mansoura, I wish you all the best. Bittawfiq wan najah. NEVER give up hope of Allah's soothing mercy. He took back something from you yesterday, and He gives u another chances today. Personally, I'm here,praying for each and every one of you sohabah~



Thursday 31 May 2012

Vol. 13 : MERDEKA!! eh eh?

Look at the countdown timer..

Approximately 3 Hours, 1 Minute left before Medical Terminology paper *the LAST one!!*
Exam will be at 1.30pm......till die? ahaha no no.until 3.30pm. 2 hours duration.duhh cepat lah sikit habis -.- That mean, by 3.31pm, SAYA SUDAH MERDEKA!! *tangan ke dada, kepala dongak keatas*
And this is wat I feel rite now.....


Why it take so long??? -___-
MT, such a tough payyper. Based on previous experienced last semester, for me MT is much tougher than Essay. Talking about "term", can't afford to take it easy. Realitinya Tak seindah nama bak kata pakcik makcik kampung pinang sebatang. ngeh3 *and U wasting ur time here?* relax..cool..stayed up through the night to finish all the slides already stress me up.

Sooooo, hopefully what I'd revised + memorized do help me to answer the last paper with a smile on this Cristiano Ronaldo-look-alike face. okay perasan.haha InsyaAllah...

Usaha sudah, Doa sudah, kini hanya bersedia dan tawakal. Mari kita tempuhi hari terakhir Final Imtihan dengan jiwa yang tenang dan santai..cewaahh..
"Ya Allah bantulah kami pelajar Tahun Satu kuliah perubatan Universiti Mansoura yang akan berjuang untuk paper terakhir hari ini. Berilah ketenangan jiwa dan minda. Andai kata kami lupa, maka Kau peringatkan. Andai kata kami ingat, maka Kau perkuatkan lagi ingatan kami. Berilah keluangan masa kepada kami untuk menjawab dengan baik. Sesungguhnya kami percaya, dalam kesusahan itu pasti ada kemudahan daripada Mu ya Rabb. Dan kami percaya dalam usaha jihad, kau sentiasa bersama kami ya Al-Khaliq. Perkenankan doa kami ya Allah. Amin ya rabbal 'alamin"
 ~ Rabbuna yusahhil ~

#NowPlaying - Sheikh Mishari Rashid Al-Afasi (my favourite Qari) reciting "Suratul Luqman"...sangatlah merdu bacaan dia. especially ada satu verse tu dia tarik tinggi, Ohh my Allah *melting* Ce try dengar. InsyaAllah u'll fall in love with it :)

p/s : ohh yaaa 3 JUN!see u soon Alexandria, Borg El Arab Airport. Goin' back to Malay + Asia = Malaysia. yihooo :))))))

Thursday 17 May 2012

Vol.12 : Allah Is Great

 Disaat aku menyibukkan diri dengan persediaan untuk menghadapi Imtihan, Aku lupa bahawasanya PRIORITI utama yang Sebenarnya adalah ALLAH yang satu. Dia lah tempat pergantunganku, Dia juga lah tempat ku mengadu perihal sedih dan duka yang tak mungkin aku kongsikan bersama keluarga tersayang mahupun sahabat handai. Masa yang aku perhabiskan dihadapan laptop & nota-nota study jauh lebih panjang daripada masa dikorban untuk bertahajjud kepada Allah di malam hari....

                                

Laungan Azan memuji kebesaran tuhan memecah kebuntuan pagi. Tatkala imam bersuara lantang melaungkan takbir "Allahu Akbar" pemisah antara rukun untuk sekalian makmum turun sujud terakhir Subuh, dikala daku merebahkan tubuh badan yang hina ini ke lantai bumi, muncul satu aura luar biasa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Jika hendak ditimbulkan kisah lebih hiperbola, hinggakan meremang sekalian bulu roma ditubuh badan. Kalimah "Allahu Akbar" yang cukup ringkas acapkali menjadi halwa telinga, bahkan sudah dianggap satu kalimah biasa yang sering kali dilafazkan pabila bangkit mendirikan solah. Turut membawa erti yang dilihat 'simple', Allahu Akbar = Allah Maha Besar. Tetapi tanpa disedari, kalimah yang dilihat 'simple' itu lah yang membawa satu impak jauh ke dalam benak hatiku. dushhh..sukar untuk digambarkan perasaan ketika itu. Tergiang-ngiang kalimah agung tersebut di hati sejurus selepas bangkit daripada sujud untuk tahiyyat akhir. Bercampur baur antara perasaan hiba dan insaf. Umpama membawa satu mesej mendalam kepada diri. Tika itu juga lah kelopak mata mula berlinangan, menitisnya satu persatu air mata insaf daripada pancaindera yang sentiasa terdedah kepada zina mata dan lautan maksiat ini. Selesainya memberi salam, menandakan berakhirnya solat. Perlahan-lahan bibir di mulut bergerak mengikut rentak wirid-wirid amalan harian dan kemudian menadah tangan kehambaan kepada Allah sambil menundukkan kepala kearah bumi, mata dipejam sepenuhnya. Mengenang segala kejahilan, dosa-dosa besar mahupun kecil yang pernah dilakukan sepanjang bernafas di muka bumi Allah ini. Bahkan menjejakkan kaki di bumi para Anbiya' ketika ini. Saat itu jugalah dirasai linangan air mata kian rancak menuruni permukaan kulit muka. Barangkali jauh daripada benak hatiku tersenyum juga tanda kesyukuran kepada Allah atas lemparan cahaya hidayah beliau, kesempatan merasa erti khusyuk dalam solat, nikmat kemanisan dalam beribadah yang dialami sekian sekian waktu sahaja. Kesyukuran tak terhingga juga mengenang nikmat kesihatan, nikmat rezeki, berdirinya aku pada hari ini menghirup setiap zarah oksigen di udara. Sedangkan 70 kali setiap hari Malaikat Maut, Izrail melawatku. Sudah 19 tahun berhadapan dengan asam garam kehidupan tetapi Allah masih memberi kesempatan kepadaku untuk menikmati keindahan dunia ciptaanNya. Alhamdulillah..


Kenapa perlu mencari 'kekasih' hati yang belum ada kepastian pabila kekasih utama kita yakni Allah sentiasa berada dekat dengan kita? bahkan dikabarkan dalam kalam suci al-Quran,

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Ertinya : "Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [Qaff : 16] 

Kenapa perlu mencari tempat mengadu/pergantungan yang lain sedangkan Allah sentiasa bersedia mendengar luahan hati kita? Sedangkan Nabi Musa sendiri, seorang NABI pernah berdoa,
“Wahai Allah, bagi-Mu dan hanya kepada-Mu lah tempat untuk mengeluh dan mengadu, Engkau adalah tempat untuk minta pertolongan, Engkau tempat minta bantuan, Engkau tempat memasrahkan diri, tidak ada daya dan kekuatan kecuali ha-nya milik-Mu.”
Bahkan Nabi kita, Rasulullah SAW juga pernah berdoa,,

“Wahai Allah sesungguhnya aku mengadukan kelemahanku ini kepada-Mu dan aku mengadukan kurang cerdikku kepada-Mu...” 

 Pergantungan kita sebagai hamba Allah yang kerdil pula dimana?? dimana??

Kenapa pabila hati dan jiwa terasa kosong kita perlu mencari muzik-muzik lagha untuk dijadikan halwa telinga sedangkan kalam Suci Allah yakni Quran itu adalah pengubat segala perkara?

"Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal" (Surah al-Anfaal, ayat 2). 

Sama-sama fikirkan. Apa khabar iman hari ini? 



Wednesday 16 May 2012

Vol. 11 : Exam Fever


Picture above perfectly describe my situation right now. With less than 8 days before the first paper, MCQ (23 May 2012). Also keep in counting for 3 Jun!! Gonna travel back to Malaysia on that day! Ohh yeahh :))
Too much need to be revise this week. Not yet trying to answer any single set of past year questions.duhh-.-
Bunch of them nicely compiled in separate file. Still remain untouched, clean inside, outside covered by dust. You even able to draw your face there. Cool isn't it? Haha LOL


My dear planner..

Clearly shown what I'd planned to do last week. And the outcome? Not really follow my expectation  *sigh* Haven't settle yet those unseen case. Patiently waiting for the materials from Hamba Allah. Bila mau settle lah abang oii. Looking forward to the latest progress this week. 



Consist of PBL cases only! From case 1 until 9. Not including the Unseen case.
 NIPIS gila kan? O.O


Lecture slides + Practical + Student presentation
Medical Terminology NOTES !!


Need to cover + revise + summarize + MEMORIZE ALL of them within 8 days!
Why we should have an examination? kesian pokok-pokok kena tebang nak buat kertas. Haha
*Senyum tak perlu kata apa-apa* -___________-"


Ertinya :- “Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

 p/s : So far campaign Say No to "MukaBuku" berjalan lancar. Kecuali Twitter. Tak boleh tahan maa. Takpe lah janji tak seteruk FB :D

Monday 14 May 2012

Vol. 10 : Say NO to 'MukaBuku' & 'Burung Biru' campaign !



"Assalamualaikum.since final exam just around the corner,10 days left.and FB turned out to be my major distraction lately.Thus, i'd decided to deactivate this account by tomorrow until some period. Sacrifice for my own good. Anything (Important only), do contact my phone no/my email (aimansyukrie@yahoo.com) sorry for any mistakes or misunderstanding.Do pray for my success.Jazakumullah~"


p/s : Bittawfiq wan Najah to all seniors & juniors for upcoming Imtihan.do a lot of Qiamullail during this study week.It might help us."kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya".Go all out.FULL THROTTLE.Aim for MUMTAZ.InsyaAllah kheir :))

Just posted them on facebook. That social website really really distracting me to focus on my study. Twitter too! but the most obvious was absolutely FB. Until certain circumstances where I can't able to stay away from it except "sleeping time". Every 10 minutes reviewing the lecture slide, sure come to my mind "ehh check FB/twitter lah kejap.mana tau ada noti/tweet baru", and keep repeating it again and again. Eventhough there's no new notification at all. Everyday keep on wasting my time there. Always aim for at least 1 hour, but end up stucked to them for the whole night until next morning. Oh my Allah -.- Macam takda LIFE langsung kan?duhh. When you are studying, and the notebook lying in front of you, memang JIHAD gila. I had once before tried to stay away from internet for 1 day and kept my notebook in the closet. And Yeahh 'mission was accomplished'. But the next morning terus tak boleh nak on balik notebook capok tu. Agaknya dia pun jadi shock kot sehari tak on langsung. Haha. System corrupted, so I have to reformat the windows completely A-Z (that's the bad thing)

                            


From today onwards, until my last paper on 31st May, I'll be using internet ONLY for study, check my email or blog *depends* only! harapnya gitu lah :)) With less than 10 days left before MCQ paper, I need to push myself harder. Go all out. FULL THROTTLE!!Say No also to "summer reseat paper". Such a NIGHTMARE for me -_____-" Pray for my success. Abi & Ummi! *if both of you reading this* Eventhough you are not with me here at this moment, I know you two are supporting me from there right? I'll do the best InsyaAllah. Mana ada orang study nak dapat result teruk-teruk melainkan diri sendiri tiada Matlamat yang jelas. I know you two have sacrificed a lot for me. Now is the payback time. Pray for me. Doa ibu ayah mudah sampai ke Allah tanpa hijab. Jazakumullahu khairan kathira~

p/s : "Ohh Allah I seek for your forgiveness, guidance and rahmah. Amin ya rabbal 'alamin"

Saturday 12 May 2012

Vol. 9 : Berubah?antara realiti ataupun retorik?

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim..Sobahul khair kullu Mansouriyyin! Mulakan pagi dengan alunan ayat suci Quranul karim~


Sketsa Pendek (REKAAN semata-mata) :


Ahmad : Man, Aku sedar aku ni makin lama makin 'setan' lah Mad..makin jauh dari sang Pencipta *sedih*

Leman : Hahh bagus lah tu kalau dah sedar..haha ececehh gurau je. Habis tu kau nak suruh aku buat apa?

Ahmad : Hmmm entah lah. Kata-kata perangsang or ajakan amar makruf? Maybe..

Leman : Gaya kau macam ingat aku ni Alim sangat je. Tak jugak lah Mad. Aku tau jauh dalam benak hati kau nak BERUBAH kan? kan kan? kih kih kih :)

Ahmad : Ada lah sikit. Tapiiii.....

Leman : Apa tapi tapi? keretapi? hehe. baguslah at least ada juga keinginan tu. ce cita ce cita..

Ahmad : Aku bukan taknak berubah Man..tapi 'surrounding' aku tidak menggalakkan aku untuk berubah kearah lebih positif lah Man. Takda siapa nak "guide" aku! plus self-initiative pun tiada


Leman : Erkkk serious terasa!! Kau nak cakap aku ni bukan sahabat yang kau boleh harapkan lah? -.-

Ahmad : Ehh bukan lah cenggitu. Jangan salah faham. Kau bukanlah orang soleh sangat tapi tak lah juga Alim sangat. Tak macam aku... and aku perasan sekarang kau dah makin improve! That's why minta pendapat kau ni

Leman : Ohh gitu..awat pula? Aku tengok ramai je sahabat-sahabat kita yang soleh-soleh. Rajin ke masjid,
Istiqamah attend kuliah agama, baca Quran macam layan komik aku tengok. Kadang rasa segan juga tengok. Dalam hati cakap, "kita ni seminggu pun tak sekali sentuh Quran, apatah lagi tiap-tiap hari.aduhh" Rajin-rajinlah bergaul dengan dorang :)

Ahmad : Cakap memang senang Man. Tapi nak buat tu alahai. Dorang bukan type macam aku. Orang alim kan semua stok layan buku agama. Solat memanjang. Usrah siang malam. Kuno betul. Kata orang, tak masuk lah dengan jiwa roxx macam aku ni. Aku kan berjiwa ranggi. ohh yeahh bebeh.. Ceewaahh hehe. Okay2 aku serious ni

Leman :  Siapa kata Mad? kau ingat orang soleh-soleh semua yang stok duduk Masjid 24/7 tu je ke? kolot sungguh lah ekau ni. Orang soleh tu bukanlah dinilai atas amalan ibadah dia semata-mata. Aspek pengamalan kepada ilmu yang dia ada juga menjadi salah satu kayu pengukur. Bagaimana dia praktikkan ilmu yang dia ada. Barulah dinamakan mukmin yang sejati. Kau tau tak antara dorang-dorang yang kau kata apa tadi? KUNO? tu pun ada je yang pro guitar, goreng rock kapak baik punya. Ada yang kaki Dota, kepala Genius study, even main bola gempak pun ada. Kau kat sini buat apa? duduk depan laptop, update blog memanjang? dorang jauh advance lagi kot daripada kau

                               


Ahmad : Ohhh OKAY fine *ambik kau Mad.kena hentam sekali =.=*

Leman : Tadi kau cakap nak berubah? nak kasi alasan apa lagi? Aku pun tengah slow-slow nak berubah juga ni actually. Sorry lah tak ajak kau. Takda kekuatan lah nak amar makruf nahi mungkar kat member dekat sendiri -.- feel tu lain tahu!hehe. Kita nak berubah ni kena step by step. Tak boleh expect terus bertukar jadi macam sahabat-sahabat soleh yang lain tu. Yang penting usaha itu perlu ada! Biar sikit asalkan istiqamah yakni berterusan :)

Ahmad : Alrite alrite. So apa aku kena buat sekarang ni?

Leman : Hahh bab tu, Aku akan tanya kau beberapa soalan. Seterusnya Lu Pikir Lah Sendiri..meshi? *ehh apasal masuk arab tetiba ni?*

Ahmad : Okay. hahh apa je?

Leman : 1. Berapa kali sehari hang pi jenguk pak Imam / tok Bilal kat masjid dekat dengan ghumah tu?
             2. Berapa ramai ja ustaz rajin pi bagi kuliah kat area rumah hang yang hang kenai?
             3. Berapa kali sehari/seminggu sentuh Quran atas rak tu? ke berhabuk tebal cantik comel molek ja?

Ahmad : Adoihh soalan cepu mas ni Mang. Berat nanang ambo nok menjawab ni. Haha *ganu lah pulok, tadi utagha*

Leman : Hahh dulu aku minta pendapat orang lain pun dia jawab macam tu juga. Kalau 3 soalan tu pun tak boleh nak jawab dan tiada tindakan, maka ungkapan 'mahu berubah' kau adalah sekadar retorik di mulut semata-mata. Action speak louder than words!hehe. Kalau betullah niat kau ikhlas nak berubah jadi lebih baik, "fikir-fikirkan dan selamat beramal" quote sapa lah tu agaknya kan?hmm. InsyaAllah itulah benda paling basic untuk peringkat permulaan kearah membentuk sahsiah/peribadi seorang Muslim

Ahmad : Okay InsyaAllah. Kalau hang nak pi jenguk pak Imam, tok bilal, tok siak masjid, tok kadi *ehh ehh?* rajin-rajin lah ajak aku sekali naa :D

Leman : InsyaAllah. Aku ni pun tengah usaha jihad + istiqamah + mujahadah ni. Nak beramal itu mudah, tetapi nak "istiqamah" itu menjadi cabaran utama!fuhh..Sama-sama lah kita saling mengingati & membimbing antara satu sama lain. Nak berubah kena ada komitmen juga! bukan kahwin je. Biar ukhuwah yang terjalin bisa membawa ke Jannah! =D


That's all for my ultra-long post!hihi sketsa pasal Ahmad dan Leman (bukan nama sebenar) yang tak seberapa best pun. Watak Leman tu pun BUKAN membawa identiti diri saya sendiri. Sekadar rekaan semata-mata. Sori lah tak reti nak mengarang pendek-pendek. Jika fahamkan betul-betul message tersirat yang saya cuba sampaikan, Dua-dua individu punyai tanggungjawab masing-masing. Walaupun pada awalnya si sahabat tu sahaja yang minta pencerahan untuk berubah kearah jalan yang lurus. Itulah gunanya hidup berukhuwah dengan sahabat dan amar makruf nahi mungkar. Saling bergantungan antara satu sama lain. Sentiasa menyeru sahabat sekeliling kita untuk berubah kearah lebih baik. Di saat saya sedang mengarang panjang lebar ni pun bukanlah bermaksud saya sudah menjadi seorang rijal yang Soleh dan sempurna persis Saidina Ali bin Abi Talib mahupun Zubir Al-Awwam, diri sendiri juga sedang menuju kearah itu :))  Setiap daripada kita pasti ada detik-detik hitam di zaman jahil dulu kan? Just left those bad histories behind and open a new book in our life. The best among us are the one who dare to make a change! My ex. teacher during school times used to say this, "when a person learns, changes will take place in his inner world. Therefore his behaviour changes, not because he has to but because he wants to" (dunno where he took from)

Firman Allah dalam surah Ar-Rad 13:11, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri"



Syukran jazillan~

Friday 11 May 2012

Vol. 8 : HALAL??HARAM??hmmm

Assalamualaikum..
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..


Di era globalisasi tanpa limitasi kini *cewahh macam karangan bahasa Melayu tingkatan 5* melihatkan ramai daripada kalangan kita khususnya Umat Islam yang mudah mengeluarkan/menyebarkan sesuatu perkara mengenai HUKUM Islam sewenang-wenangnya kan?
Sehingga menjadi fenomena 'biasa' pada hari ini. Oh itu HARAM, ini HARAM..sedangkan kita sendiri merupakan insan kerdil yang masih belum mengerti hakikat sebenar perkara yang kita lontarkan tu kan?
Lazim isu yang ditimbulkan pada hari melibatkan isu-isu remeh atau cabang furukiyyah dalam agama umpama hukum sambutan April fool, status minuman Barbican, penggunaan instrumen musik seperti Gitar etc, terbaru berkaitan Hari Ibu dan seangkatan dengannya.

Beberapa perkara kita harus berfikir sebelum "post" mengenai sesuatu perkara yang diri sendiri kurang pasti lebih2 lagi di laman sosial seperti Facebook/Twitter, antaranya :

1. Apa tanggapan orang lain yang bakal timbul apabila membaca? Positif atau negatif?
2. Apa kesan terhadap penganut agama Islam itu sendiri dan bukan Islam apabila membaca *Laman sosial umpama MukaBuku bukan dikuasai golongan Muslim sahaja*
3. Adakah kita sudah betul-betul arif tentang hukum yang kita war-warkan?
4. Sudahkah kita rujuk kepada sumber Al- Quran, Nas-nas hadith sohih ataupun Qias/Ijmak ulama?

Ya, saya faham Niat disebaliknya sudah pasti baik. Mungkin untuk berdakwah, menyampaikan info kepada sahabat-sahabat kita. Alhamdulillah itu sangat baik. Kata Nabi SAW, "Ballighu anni walau ayah". Ertinya, "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat". Tapi CARAnya itu perlu kita perhalusi semula. Ruangan dakwah ini sangat luas. Apabila kita terlalu mudah labelkan sesuatu perkara itu HARAM, kemungkinan pihak yang membaca akan tersalah faham,

"Ehh..cerewetnya Islam ni. Itu tak boleh..ini tak boleh..ahh susah lah macam ni. Banyak sangat halangan.."


Itu adalah kemungkinan yang bakal timbul dalam diri kalangan kita yang kurang mengerti/cetek ilmu tentang Islam. Islam itu mudah. Islam tidak akan sesekali menyusahkan kita sebagai penganut melainkan untuk kebaikan ummat itu sendiri. Mengenai soal hukum, ramai Ulama' mujtahid mahupun muktabar melontarkan pandangan mereka.Kadangkala ulama'-ulama' muktabar bersepakat mengeluarkan fatwa mengenai permasalahan semasa yang timbul dalam dunia umat Islam hari ini. Ambil dan fahami mana-mana pandangan majoriti yang sesuai dengan diri kita. Misalnya, lain negara lain kefahaman. Lain mazhab, lain cara pentafsirannya. Akhir sekali sukanya saya memetik kalam Allah dalam Al-Quranul karim,,

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6) 
Semoga kita kekal Istiqamah dengan inisiatif dakwah yang disampaikan. Dan moga Allah sentiasa guide kita kearah yang lebih baik dan lurus menuju ke Jannah. Jannatul Firdaus sasaran kita!! InsyaAllah. Tiada niat buruk dalam post ini. Cuma sebagai lontaran pendapat diri ini yang masih DAHAGA ilmu Allah yang disampaikan Rasulullah SAW junjungan kita. Mohon ditegur jika ada sebarang kesilapan dalam penulisan ini. Syukran. Barakallu fikum. Jazakumullah :))

p/s : Disini sudah Asar, azan juga sudah berkumandang, mari jemaah di Masjid ikhwah-ikhwah sekalian :)

Thursday 10 May 2012

Vol. 7 : What Do We Have Today?


السلام عليكم --> peace be upon you.
بسم الله الرحمان الرحيم --> In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful

Translation : Thanks and praise to Allah Who has given us life after causing us to die, and unto Him is the Resurrection


Sobahul khair, and Good Morning everyone. Start our day with a smile! :))
Give Thanks to Allah, for having a good sleep last night and woke up happily. Just for the reminder, do u know that Malaikat Maut, Izrail visiting us 70 TIMES a day?? If we count more deeper,,
1 day = 24 hour = 1440 minute. 1440 minutes / 70 = 20.571 minutes
That mean nearly every 21 minutes in our life we were visited by Izrail. Luckily, Allah still give us another chance to stay ALIVE. Alhamdulillah. That's all for brief morning tazkirah.hehe

Regarding the flyers above, I'm gonna have MedSTUFF today at 8.AM, less than 2 hours from now. It was organized by the 1st year batch of Mansoura - Manchester Medical program (both MM & GMN students) Malaysian only! Another big event handled by my own batch after the grand BBQ last week. But, this one is more to academic reason. Just like a talk/last-minute preparation program for the Final Exam around the corner. We are going to revise back those selected difficult topic we have learned before in semester 2 :) Hopefully, this program will contribute some helpful tips and better understanding among fellow doctors-to-be and me myself especially, despite of some political involvement by u**o Mansoura *sigh. At first, looking to the poster, there were attached some Uni logo, PCM, MedicMesir (main sponsor), ohhh okay. Suddenly another co-sponsor below was u**o Mansoura?? Dalam hati, damn perlu ke ada dorang? tak perlu wujud kat Mansoura ni pun rasanya aihhh. arhh nevermind. The 1 organize this program is not me. Besides, where else u can find additional FUND? okay enough about politic. Hoping the program today running smoothly and Aiman tak terlentuk-lentuk masa talk :)

Special message to all AJK for today's event : "Good luck guys! and keep up a good work. May Allah grant us success in everything we do" :))

Wednesday 9 May 2012

Vol. 6 : Antara Solat Jemaah & Bola Jemaah?

Bismillahiramanirahim.

Cecep : Memet, aku jarang tengok kau main bola di padang.
Rumah kau kan dekat dengan padang.
Kau dah tak pandai main bola kah ?

Memet : Cecep, aku jarang tengok kau solat berjemaah di masjid.
Rumah kau kan dekat dengan masjid.
Kau dah tak pandai solat berjemaah kah ?

Pergh !! Terpukul hati cecep.. Jawapan Memet seperti penumbuk, bukan untuk menyakiti tetapi untuk mengetuk dan membuka pintu hati agar tersedar. Sakit ? terasa ? terkena batang hidung sendiri ? Biasalah tu.. Kadang-kadang kebenaran akan terasa pahit apabila bertentangan dengan apa yang kita suka.

Sememangnya, Islam tidak melarang umatnya untuk suka bermain bola atau melakukan apa-apa aktiviti riadhah. Selagi tidak bertentangan dengan syariat, teruskanlah amalan itu sehingga diri kita menjadi kuat dan sihat. Mukmin yang kuat fizikal dan rohaninya merupakan mukmin yang paling disukai oleh Allah.

Seperti mana Rasulullah SAW menyebutkan:

"Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah,dan masing-masing memiliki kebaikan"
(Riwayat Muslim)

Namun, apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini, kebanyakan masyarakat kita, khususnya golongan remaja hanya kelihatan kuat secara fizikal, namun lemah rohaninya.

Ada banyak bukti yang dapat kita saksikan sendiri. Namun, Tidak perlulah dihuraikankan panjang lebar semua bukti-bukti itu kerana ketiadaan mereka ketika solat berjemaah sudah cukup menterjemah kelemahan rohani mereka selama ini. Mereka enggan atau malas untuk solat berjemaah di masjid.

Siapa mereka ?
boleh jadi diri anda, diri saya, atau semua remaja yang lain. Check sahaja solat berjemaah kita..



Cuba perhatikan suasana ditempat kita..
Apabila azan dikumandangkan, apa yang berlaku ?

Adakah orang yang sedang sibuk bekerja akan berhenti buat kerja seketika ?
" Alaa.. sikit lagi ni.. aku kena siapkan kerja dulu.."

Adakah orang yang sedang sibuk studi akan berhenti studi seketika ?
"Adush.. sikit lagi homework ni siap.. aku kena ulangKaji banyak.."

Adakah orang yang sedang sibuk online (Facebook, utube, twitter, blog, dan lain-lain ) akan berhenti online ?
" Wah. ramainya orang chat dengan aku. aku kena layan mereka dulu. Cerita kat youtubeni pun tak habis lagi.."

Adakah orang yang sibuk beriadhah akan singgah sebentar di masjid untuk solat ?
" Weyh, dah azanlah. Aku balik rumah dulu ya. Letih. Mungkin aku solat di rumah."

Adakah orang yang sedang melepak segera berdiri menuju ke masjid untuk solat ?
Atau terus melepak, menyambung cerita-cerita kosong ?

Begitulah..
macam-macam lagi senario yang dapat kita saksikan. Jelas kelihatan, sesetengah daripada kita tidak minat malah langsung tidak mahu ambil peduli akan solat berjemaah.

Berbeza pula halnya bagi orang-orang yang beriman. Apabila azan berkumandang, masing-masing segera menyiapkan diri untuk solat berjemaah. Mereka yakin bahawa kejayaan akan terhasil melalui solat yang berkesan. Bukankah kalimah-kalimah daripada laungan azan itu sendiri sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang solat adalah orang yang berjaya

حي على الصلاة
Mari Menunaikan Solat

حي على الفلاح
Mari Menuju Kejayaan  

Cantik sungguh susunan kalimah itu..
"Orang yang mendirikan solat ialah orang yang sedang menuju kejayaan ."
Apabila solat kita berkualiti, Allah SWT menjanjikan kejayaan yang besar buat kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.(iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya." 
[23:1-2]

Solat berkualiti ? Ya, solat dalam keadaan tidak lalai serta khusyuk memikirkan tentang pertemuannya dengan Allah di akhirat nanti.

Lagi hebat sekiranya kita suka melaksanakan solat secara berjemaah.
Solat berjemaah jauh lebih berkualiti berbanding solat sendirian. Ganjaran pahalanya juga lebih banyak. 27 kali ganda..

Sebab itu Rasulullah SAW ada menyatakan ;

" Solat berjemaah lebih utama berbanding solat bersendirian sebanyak 27 darjat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mana satu yang anda pilih ? Duit RM10 atau RM270 ?
Tipulah kalau anda tidak memilih yang banyak..hehee..
Tapi mengapa tidak ramai yang memilih untuk solat berjemaah ?
Mengapa tidak ramai yang pergi solat berjemaah di masjid ?



Hari ini, masjid seakan-akan sunyi..
kurang berpenghuni..
Setiap kali masuk waktu solat zohor,asar, maghrib, dan isya', hanya satu, dua atau tiga saf sahaja yang penuh. Adapun jemaah yang hadir, semuanya tua-tua belaka. Lebih-lebih lagi apabila masuk waktu solat subuh. Jangankan satu saf, anda mungkin terkejut menyaksikan hanya imam dan bilal sahaja yang solat berjemaah. Malu rasanya..

Apa sudah jadi ? ke mana perginya remaja-remaja Islam zaman sekarang ?
Ke mana perginya remaja-remaja yang bijak dalam akademik ?
Ke mana perginya remaja-remaja yang pakar dalam Vokasional ?
Ke mana perginya remaja-remaja yang aktif dalam sukan ?
Ke mana perginya remaja-remaja yang lantang berbicara soal Jihad ?

Mengapa hanya sedikit kelibat kalian di dalam masjid ?

Wahai sahabat-sahabatku, marilah berubah.. marilah solat berjemaah di masjid.
Kalau tidak mampu datang ke masjid lima kali sehari, datanglah walau hanya sekali sehari.
Latihlah diri kita bermula dari sekarang sehingga terbiasa.
Jangan tunggu ramai remaja buat baru kita bersemangat. Sebaliknya pastikan diri kitalah yang menjadi pemula serta pengajak dalam memulakan ketaatan kepada Allah.

Allah SWT sangat menggalakkan kita ruku' bersama-sama dengan orang-orang yang ruku'.

"Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang rukuk"[2:43]

Di mana diriku dalam kelompok yang ruku' itu ?

kita adalah remaja. Kita bukan budak-budak lagi !
Kita mempunyai kekuatan yang luar biasa ! Sangat luar biasa !
keluarkanlah kekuatan itu untuk membawa diri menuju ke masjid.
Biar masyarakat dunia terkejut besar melihat kita semua mampu menyemarakkan solat berjemaah.

Saya percaya.
Apabila kita semua sudah lali atau terbiasa solat berjemaah di masjid,
kekuatan ukhwah dan perpaduan yang hebat secara automatik akan terbentuk.Lalu lahirlah masyarakat Islam yang hebat mentadbir dunia untuk kehidupan akhirat.
Musuh-musuh Islam pula akan mula gentar dan takut apabila bilangan jemaah solat subuh sama seperti bilangan jemaah solat Jumaat. Lagi hebat, semakin ramai orang bukan Islam akan masuk Islam ! Umat Islam akan bertambah gemilang !!

Bila semua itu akan berlaku ? Bila ?

Kenyataan itu adalah sekadar angan-angan kosong sekiranya kita hanya membaca artikel ini.
Hanya sekadar impian kosong andai kita masih lagi duduk menghadap laptop tanpa menggerakkan kaki menuju ke masjid. (sebelum, ketika atau selepas azan)
Juga sekadar harapan kosong andai tangan kita hanya memegang tetikus tanpa memegang tangan orang lain untuk di ajak ke masjid.



BERTINDAKLAH !!
RAJINKAN DIRI SOLAT BERJEMAAH DI MASJID !!

Sekiranya hati kita sudah terpaut dengan Masjid, maka nantikanlah naungan istimewa daripada Allah ketika mana tidak ada lagi naungan lain selain naunganNya di Padang Mahsyar nanti. Itu Janji Allah !

Sabda Rasulullah SAW ;

Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: (antaranya) Pemuda yang sentiasa terpaut hatinya dengan masjid.
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Mahu masuk dalam golongan itu ?
Saya MAHU !! Bagaimana dengan anda ?
Buktikan dengan tindakan..

Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!

p/s : artikel ini di "CTRL C + CTRL V" daripada satu laman dakwah. Tengok2 bawah kat ruangan penulis, MasyaAllah tidak sangka rupa-rupanya hasil nukilan seorang sahabat yang saya kenali ketika kursus Pre-Medic di UPM tahun lepas. Satu tutorial dengan dia. Muhammad Aswan Bin Tanggiling. Anak jati Sabah yang memang dikenali sebagai seorang hamba Allah yang sangat tawadhuk dan luhur budi pekerti walaupun hanya 3 bulan berkenalan. Semoga setiap bacaan yang menyedarkan diri kita memberi pahala berlipat ganda kepada dia selaku penulis. Saya hanya copy paste je. Hehe InsyaAllah :))