Saturday 3 August 2013

Vol. 27 : Ramadhan Travelog

Satu-satunya post dalam bulan Ramadhan *Next one, only after Raya. Kalau rajin lah..* saje nak story sikit pasal Medical & Humanitarian Trip ke Perkampungan Orang Asli Kaum Semai, Slim River, Perak anjuran Malaysian Relief Agency (MRA). NGO yang banyak terlibat dengan misi-misi kemanusiaan ke Somalia, Pakistan, Selatan Thai, Burma semua.
Awal-awal ingat ke Jerantut mana entah, dah naik bas tetiba tengok menghala ke Slim River, Perak. Pelik binti hairan dari mana datang "Jerantut" tu. ahh just abaikan bab tu..

Motif mengarang pagi-pagi ni actually lebih kepada nak cerita secebis pengalaman join team Charlie turun ke lapangan melihat sendiri fenomena hidup orang Asli di Malaysia ini yang sememangnya cukup DHAIF. Yang attend semua lebih kurang 60 orang tapi dipecahkan kepada group-group kecil, Alpha Bravo Charlie Delta & Echo. Each group around 12 orang je. And each group tu dipecahkan ke kampung yang berbeza. Macam aku join team Charlie, kitorang dihantar ke Pos Bersih 3. Cukup lah info seringkas tu. 



Siapa siapa pun biasa dengar statement "orang Asli  hidup dhaif, kais pagi makan pagi kais petang makan petang" kan? Zaman kita sekarang ni especially area bandar besar, logik tak kita dengar seorang ayah berkerja gaji serendah RM30 dalam masa 3 hari atau paling tinggi pun RM600/bulan dengan bilangan isi rumah antara 5-11 orang? Rata-rata kerja kutip hasil hutan *Durian, Madu, Petai etc* atau jadi kuli kat kebun. Just imagine macam mana nak survive hidup keluarga besar, nak hantar anak pergi sekolah semua. Maka bersyukurlah kita yang hidup serba cukup di bandar ini. At least kalau mak ayah kerja sederhana pun still cukup makan, lagi makin gemuk badan duduk rumah berbanding orang-orang Asli yang mostly Underweight. Data-data aku sebut ni Bukan main reka-reka okay. Tu semua hasil kerja Profiling atau nama melayunya Bancian! Haha. Kampung yang kitorang masuk ni pun boleh kira dah dimajukan sedikit lah. Dah ada kemudahan asas macam elektrik/air. Hopefully next time dapat ziarah kampung yang totally ketinggalan pula.

Alpha, Bravo, Charlie, Delta

Lagi satu kita biasa dengar "Kristianisasi berleluasa di ceruk pedalaman" kan? Dan macam biasa kita orang melayu Islam semua kan pakat Keyboard-Warrior belaka pumpang-pumpang kat facebook berdebat kosong takat tu jelaa tapi bab action ZERO! Cuba rajinkan diri teroka sendiri kampung orang Asli tu, jangan terkejut kalau jumpa dewan kecil ala-ala dewan orang ramai terpampang tanda Salib kat depan. Ofkos lah gereja, takkan masjid pula kan. Masa lalu tu pun terserempak dengan 2 buah van mubaligh kristian. Dia turun dakwah lah tu gamaknya. Masjid terdekat boleh jumpa pun dalam 5-10km sebelum sampai kampung orang Asli . Dekat area kampung melayu yang dah lama maju. Based on Profiling data pun, majoriti penduduk beragama Kristian. Yang Islam hanya minoriti termasuk penganut Bahau *sembah matahari* & ada juga yang Atheist. Sangat panjang actually boleh kupas isu ini berdasarkan pandangan diri sendiri, rasa nak bakor sekali majlis agama Islam negeri, institusi masjid yang tak berperanan dalam isu ni. Tak apa lah bab tu better buat post lain kot. Gambar tak ada pula. Tak sempat nak snap.

Cuma part manis yang aku nak sentuh sepanjang 3 hari kat sana, dapat jumpa masyakat Asli & anak-anak dorang yang sangat-sangat mesra. Jumpa mana pun orang dia senyum je. Anak-anak orang Asli bai-baik, bijak-bijak & kreatif sebenarnya. Benda tu kita akan perasan sendiri bila banyak bergaul, borak-borak panjang dengan dorang. Tok Batin Pos Bersih 3 nama dia Tok Pez. Dia sangat baik orangnya even bagi pinjam motor 135LC baru dia lagi. Bau kedai lagi oii. Hahaha. Masyarakat Asli ni boleh jadi pemalu or bekeng gila, tapi once dorang faham tujuan kita datang ke kampung dia nak salur bantuan semua dia akan jadi sangat mesra & talkative especially those kid. Masih segar dalam ingatan nama-nama budak yang kamcing dengan aku haritu, Amir, Halim, Bahmiri, Miro, Isrin, Neson, Bahnasan. Everytime dok ajak mandi sungai. And yeahh sungai dia serious terbaik. Bersih and jernih. Kat sebelah dia ada port air panas. Dah sejuk mandi sungai, rendam air panas pula. Mana nak jumpa kan? Cool gila. Tapi last day sedih tak sempat jumpa Halim before balik. Dia lesap kemana entah. Ikut ayah dia turun kebun kata kawan dia. and yeahh, family dia semua Muslim. Rinduuu budak-budak tu semua.

After coloring contest dengan budak-budak tu. Pemenang dia tak ingat siapa. haha
Isrin & Miro <3
Ajar pakai ubat shampoo Kutu! haha *air sungai nampak keruh sebab baru lepas hujan*
Baru lepas belajar gosok gigi. Sensored sikit adik depan sekali tu Jauhari nama dia. haha
Tak ingat apa nama Tok ni. Tapi dia bagi tumpang duduk & masak kat rumah dia
Ajar dorang teknik basuh kaki kat port air panas sambil gosip pasal team perempuan kat belakang tu :D
And last sekali, nak kait sikit medical field, last day ada buat Klinik Lapangan MRA kat kampung tu. Set up medical-checkup booth. Ada test BMI, Blood Pressure, Blood Glucose. Standard express medical checkup macam kat bandar tu lah. Doctor pakar pun ada turun juga untuk consultation and donate ubat-ubatan. Since dalam team Charlie tu ada 4 orang je medical student and aku salah satunya, then memang kitorang laa yang kena in charge untuk test BP dengan glucose. Simple je nak buat sebenarnya cuma tak sempat nak ajar member lain yang bukan medical student. Sorry lah ye. Hehe. Glucose rate purata okay je semua. Cuma nak cerita pasal amik BP ni, aku ada jumpa 2-3 orang Asli *Tua lah yang pasti* yang BP dia gila rendah. Ada yang Diastole dia range 30-40mmHg je *medical student faham lah* Seriouslah makcik? gila kentang lah makcik. plus dengar orang-orang Asli ni kuat pakai jin/bunian, makin seram dibuatnya. Tapi since seorang doctor perlu jaga emotional and ethic depan patient, so kita just senyum and buat muka relax jelaa kan *even kita ni belum jadi doctor lagi* suruh dia pergi refer terus ke doctor pakar. Hehehe. Ada sekali tu borak-borak dengan doctor, dia cerita pernah masuk kampung orang Asli yang lain and jumpa sorang patient yang Anemic (pepatah melayu : kurang darah) Severe stage punya! paling badass, dia still boleh lari-lari jalan-jalan lagi cuma muka pucat lesu and ada symptom lain. If a normal human being like us living in the town, confirm dah terlentar atas katil dah ambil dose. Maybe itu kelebihan orang-orang Asal yang Allah beri atau dia pakai jin setan mana entah untuk pelihara tubuh badan dia kan. Haha 

Overall program ni sangat best and gain me a lot of experience. Next Tautan Kasih 10 for sure akan cuba join. Masuk team senior pula. More advance, more extreme. Kalau balik Malaysia lagi lah next year..

p/s : Niat pada asalnya nak post pendek-pendek, last-last jadi panjang berjela macam ni juga. Lantak pi.. :) 

Budak kecik ni tengah cuak actually. Bajet relax. hua3
Budak-budak tu jelez tak dapat buat sebab doctor suruh test Blood Glucose untuk orang tua je :P
~Charlie Members~
After habis Klinik Lapangan dengan doktor2..
Geng Mansoura university, Egypt *assabiyyah sikit* :D