Tuesday 3 September 2013

Vol. 28 : Something called LIFE

Sometimes We tend to keep everything inside our heart,
Sometimes We let other people to lead our life,
Sometimes We pretend to look innocent, knowing nothing when people took advantages on us,
Sometimes We love to take care other people's feeling instead of ours

On the other side,

Sometimes We tend to express everything about what We feel, what We love without thinking,

Sometimes We aren't willing to hear what people would really like say to us, an advice? or positive criticism,
Sometimes We always defend ourselves every time people trying to step on us, or prefer to fight back each time,
Sometimes We never care how people feel and acting like a Selfish bastard.

And something we really really wish to tell, we just can't express all of them in a form of word. End up letting them remains unspoken.


Yeahh that's what we called LIFE! #Sigh

After a while we learn so many things about Life and maturing ourselves.


"Be a great student of Life, only then we can be an outstanding teacher of living", enough said.


Saturday 3 August 2013

Vol. 27 : Ramadhan Travelog

Satu-satunya post dalam bulan Ramadhan *Next one, only after Raya. Kalau rajin lah..* saje nak story sikit pasal Medical & Humanitarian Trip ke Perkampungan Orang Asli Kaum Semai, Slim River, Perak anjuran Malaysian Relief Agency (MRA). NGO yang banyak terlibat dengan misi-misi kemanusiaan ke Somalia, Pakistan, Selatan Thai, Burma semua.
Awal-awal ingat ke Jerantut mana entah, dah naik bas tetiba tengok menghala ke Slim River, Perak. Pelik binti hairan dari mana datang "Jerantut" tu. ahh just abaikan bab tu..

Motif mengarang pagi-pagi ni actually lebih kepada nak cerita secebis pengalaman join team Charlie turun ke lapangan melihat sendiri fenomena hidup orang Asli di Malaysia ini yang sememangnya cukup DHAIF. Yang attend semua lebih kurang 60 orang tapi dipecahkan kepada group-group kecil, Alpha Bravo Charlie Delta & Echo. Each group around 12 orang je. And each group tu dipecahkan ke kampung yang berbeza. Macam aku join team Charlie, kitorang dihantar ke Pos Bersih 3. Cukup lah info seringkas tu. 



Siapa siapa pun biasa dengar statement "orang Asli  hidup dhaif, kais pagi makan pagi kais petang makan petang" kan? Zaman kita sekarang ni especially area bandar besar, logik tak kita dengar seorang ayah berkerja gaji serendah RM30 dalam masa 3 hari atau paling tinggi pun RM600/bulan dengan bilangan isi rumah antara 5-11 orang? Rata-rata kerja kutip hasil hutan *Durian, Madu, Petai etc* atau jadi kuli kat kebun. Just imagine macam mana nak survive hidup keluarga besar, nak hantar anak pergi sekolah semua. Maka bersyukurlah kita yang hidup serba cukup di bandar ini. At least kalau mak ayah kerja sederhana pun still cukup makan, lagi makin gemuk badan duduk rumah berbanding orang-orang Asli yang mostly Underweight. Data-data aku sebut ni Bukan main reka-reka okay. Tu semua hasil kerja Profiling atau nama melayunya Bancian! Haha. Kampung yang kitorang masuk ni pun boleh kira dah dimajukan sedikit lah. Dah ada kemudahan asas macam elektrik/air. Hopefully next time dapat ziarah kampung yang totally ketinggalan pula.

Alpha, Bravo, Charlie, Delta

Lagi satu kita biasa dengar "Kristianisasi berleluasa di ceruk pedalaman" kan? Dan macam biasa kita orang melayu Islam semua kan pakat Keyboard-Warrior belaka pumpang-pumpang kat facebook berdebat kosong takat tu jelaa tapi bab action ZERO! Cuba rajinkan diri teroka sendiri kampung orang Asli tu, jangan terkejut kalau jumpa dewan kecil ala-ala dewan orang ramai terpampang tanda Salib kat depan. Ofkos lah gereja, takkan masjid pula kan. Masa lalu tu pun terserempak dengan 2 buah van mubaligh kristian. Dia turun dakwah lah tu gamaknya. Masjid terdekat boleh jumpa pun dalam 5-10km sebelum sampai kampung orang Asli . Dekat area kampung melayu yang dah lama maju. Based on Profiling data pun, majoriti penduduk beragama Kristian. Yang Islam hanya minoriti termasuk penganut Bahau *sembah matahari* & ada juga yang Atheist. Sangat panjang actually boleh kupas isu ini berdasarkan pandangan diri sendiri, rasa nak bakor sekali majlis agama Islam negeri, institusi masjid yang tak berperanan dalam isu ni. Tak apa lah bab tu better buat post lain kot. Gambar tak ada pula. Tak sempat nak snap.

Cuma part manis yang aku nak sentuh sepanjang 3 hari kat sana, dapat jumpa masyakat Asli & anak-anak dorang yang sangat-sangat mesra. Jumpa mana pun orang dia senyum je. Anak-anak orang Asli bai-baik, bijak-bijak & kreatif sebenarnya. Benda tu kita akan perasan sendiri bila banyak bergaul, borak-borak panjang dengan dorang. Tok Batin Pos Bersih 3 nama dia Tok Pez. Dia sangat baik orangnya even bagi pinjam motor 135LC baru dia lagi. Bau kedai lagi oii. Hahaha. Masyarakat Asli ni boleh jadi pemalu or bekeng gila, tapi once dorang faham tujuan kita datang ke kampung dia nak salur bantuan semua dia akan jadi sangat mesra & talkative especially those kid. Masih segar dalam ingatan nama-nama budak yang kamcing dengan aku haritu, Amir, Halim, Bahmiri, Miro, Isrin, Neson, Bahnasan. Everytime dok ajak mandi sungai. And yeahh sungai dia serious terbaik. Bersih and jernih. Kat sebelah dia ada port air panas. Dah sejuk mandi sungai, rendam air panas pula. Mana nak jumpa kan? Cool gila. Tapi last day sedih tak sempat jumpa Halim before balik. Dia lesap kemana entah. Ikut ayah dia turun kebun kata kawan dia. and yeahh, family dia semua Muslim. Rinduuu budak-budak tu semua.

After coloring contest dengan budak-budak tu. Pemenang dia tak ingat siapa. haha
Isrin & Miro <3
Ajar pakai ubat shampoo Kutu! haha *air sungai nampak keruh sebab baru lepas hujan*
Baru lepas belajar gosok gigi. Sensored sikit adik depan sekali tu Jauhari nama dia. haha
Tak ingat apa nama Tok ni. Tapi dia bagi tumpang duduk & masak kat rumah dia
Ajar dorang teknik basuh kaki kat port air panas sambil gosip pasal team perempuan kat belakang tu :D
And last sekali, nak kait sikit medical field, last day ada buat Klinik Lapangan MRA kat kampung tu. Set up medical-checkup booth. Ada test BMI, Blood Pressure, Blood Glucose. Standard express medical checkup macam kat bandar tu lah. Doctor pakar pun ada turun juga untuk consultation and donate ubat-ubatan. Since dalam team Charlie tu ada 4 orang je medical student and aku salah satunya, then memang kitorang laa yang kena in charge untuk test BP dengan glucose. Simple je nak buat sebenarnya cuma tak sempat nak ajar member lain yang bukan medical student. Sorry lah ye. Hehe. Glucose rate purata okay je semua. Cuma nak cerita pasal amik BP ni, aku ada jumpa 2-3 orang Asli *Tua lah yang pasti* yang BP dia gila rendah. Ada yang Diastole dia range 30-40mmHg je *medical student faham lah* Seriouslah makcik? gila kentang lah makcik. plus dengar orang-orang Asli ni kuat pakai jin/bunian, makin seram dibuatnya. Tapi since seorang doctor perlu jaga emotional and ethic depan patient, so kita just senyum and buat muka relax jelaa kan *even kita ni belum jadi doctor lagi* suruh dia pergi refer terus ke doctor pakar. Hehehe. Ada sekali tu borak-borak dengan doctor, dia cerita pernah masuk kampung orang Asli yang lain and jumpa sorang patient yang Anemic (pepatah melayu : kurang darah) Severe stage punya! paling badass, dia still boleh lari-lari jalan-jalan lagi cuma muka pucat lesu and ada symptom lain. If a normal human being like us living in the town, confirm dah terlentar atas katil dah ambil dose. Maybe itu kelebihan orang-orang Asal yang Allah beri atau dia pakai jin setan mana entah untuk pelihara tubuh badan dia kan. Haha 

Overall program ni sangat best and gain me a lot of experience. Next Tautan Kasih 10 for sure akan cuba join. Masuk team senior pula. More advance, more extreme. Kalau balik Malaysia lagi lah next year..

p/s : Niat pada asalnya nak post pendek-pendek, last-last jadi panjang berjela macam ni juga. Lantak pi.. :) 

Budak kecik ni tengah cuak actually. Bajet relax. hua3
Budak-budak tu jelez tak dapat buat sebab doctor suruh test Blood Glucose untuk orang tua je :P
~Charlie Members~
After habis Klinik Lapangan dengan doktor2..
Geng Mansoura university, Egypt *assabiyyah sikit* :D

Thursday 20 June 2013

Vol. 26 : I'm going home, I'm going home


Less than a month... and still counting before depart...back to Malaysia *not sure to put either smiley or sad emoticon here*

PELIK.
Kadang rasa tak kesah langsung nak balik, tapi certain masa ada juga terlintas di hati rasa tak sabar nak balik tahap Max. Kadang rasa nak menikmati cuti panjang di tanah arab especially Ramadhan, tapi kadang rasa macam ada banyak benda nak buat kat Malaysia tu..

Ceritanya bermula begini,
Actually pada awalnya orang plan tak nak balik tahun ni *konon bajet tough boleh tahan homesick*
Kononnya nak merasa Raya Aidil Fitri kat sini tahun ni. Konon jelaah kan.. Member semua dah pakat-pakat beli tiket sekali since before Final Exam dulu lagi. 2-3 bulan awal sebelum Jun. Aku sorang buat dek buat tak kesah pun nak usha tiket flight. Orang lain semua eksaited nak balik Malaysia cuti panjang, aku lagi eksaited nak stay sini. Skype dengan parent pun habak awal-awal "Aiman tak rasa nak balik this year..tahun lepas kan dah balik" Abi Ummi pun alright je tak kisah. So okay lah...

Dua bulan sudah berlalu..Exam Final pun sudah melabuhkan tirai..

Tiba-tiba!! *drumroll*

Ummi whatsapp berbunyi begini,
Ummi : "Man.. survey tarikh nak balik Malaysia. Nanti Ummi belikan online"
Aku    : "Bukan dulu Ummi tak kesah Aiman tak balik ke? Hehe"
Ummi : "Jangan tanya kenapa. Ummi Abi rindu nak buat cemana"

Kih3. Geli hati den baco ehh. Dah agak dah mesti ummi surrender suruh balik punya. Sebelum ni whatsapp dengan akak pun dia dah bagi hint dah orang rumah tu tengah rindu kita . Dah anak duduk jauh nak dekat setahun.. Tak kan tak rindu kan :')



Dah parent demand kita balik, sebagai seorang anak kita seharusnya Taat ye dok? ececehh..
Nak bagi alasan pun tak sampai hati. Padahal dah commit dengan senior nak join program time hujung summer nanti kat Mesir ni. Lagi jadi serba salah nak cancel.

Sekali time dah beli tiket, ada-ada je macam-macam flyers pasal event kat Malaysia + jemputan program sepanjang cuti Summer especially bulan Ramadhan. Alhamdulillah ada juga hikmah even Allah 'takdir' tak dapat stay Mesir sampai habis cuti summer nanti. Tak dapat join program kat sini, kat Malaysia sana pun ada..So bergembiralah wahai Aiman :)

Sehingga bertemu semula :
Ammu-ammu gawazat airport Cairo,
Kakak-kakak stewardess tak berapa nak comel dengan mekap tebal berlapis-lapis,
Tuan pilot yang kacak bergaya dengan beg leather hitam & tiga calit di bahu *pangkat*,

Family Nor Hashimi,
Kawan-kawan di Malaysia sana.

Nantikan..

MALAYSIA AKU DATANG! :D

Monday 17 June 2013

Vol. 25 : Aku dan 'blog'

Aku 'blog'..
Bila aku rasa aku perlu..
Aku 'blog'..
Bila aku rasa masa yang bakal diluang tidak menjadi fitnah bagiku..

Aku 'blog'..
Bila sesuatu perkara itu tak terluah dengan kata-kata..
Aku 'blog'..
Bila sesuatu perkara lebih baik didiamkan dan tiada salah dibiarkan jari-jemari berbicara..

Aku 'blog'..

Tanpa aku kisah siapa pun yang membaca.. *kecuali sang Pencipta & malaikat di bahu kiri kanan*
Aku 'blog'..
Tanpa aku kisah blog traffic dah jauh mana waima dah berapa ramai follower..

Kerna bukan itu sebab-musabab aku bermain dengan papan kekunci..
Semoga tiada sekecil zarah pun bit-bit ayat disini yang bisa menjadi fitnah/saham dosa di dunia sana..
Aku akan ingat itu setiap kali terdetik di hati rasa mahu berkarya..
Walaupun aku tahu diri ini bukan, bahkan takkan pernah jadi sang pengkarya tegar masyhur seantero dunia..
Hahaha..
Ahh Aiman tak kesah..

*
SENYUM!!*

Sunday 16 June 2013

Vol. 24 : Soal Fitrah atau Hikpokrit?

Pabila sang jahil mula berbicara soal Kebaikan alangkah mudah manusia menggelarnya Hipokrit?
Sememangnya tak faham.
Sedang sang jahil terus menerus jahil dengan amalan jahil manusia cukup mudah 'berlapang dada' atas alasan "Biarlah sekurang-kurangnya dia sedang menjadi dirinya sendiri"?
Sememangnya dua kali ganda sukar untuk difahami.

Bukan ke setiap yang Baik itu adalah Fitrah yang Allah telah lengkapkan dalam diri setiap Adam mahupun Hawa?
Salah tak kalau aku kata mereka yang jahil mula berbicara makruf *kebaikan* actually sedang mencuba kembali kepada Fitrah?

Maka atas dasar apa kita perlu jadi begitu Judgemental dengan golongan-golongan macam tu?
Kesimpulannya, Perbetulkan semula tanggupan. Buang sejauh-jauhnya mentaliti cop-mengecop orang Hipokrit. Sebaliknya jadikan ia sebagai batu loncatan kepada diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Ada baiknya soal diri sendiri, "Ehh sejahat-jahat si pulan tu pun still boleh ajak benda baik, Aku ni cemana pulak? dah tahap iblis ke apa?" haaa senang je kan??

Biasakan diri dengan amalan Husnuzhon *bersangka baik*. Tak susah pun. Goodluck :)

Tuesday 30 April 2013

Vol. 23 : Semua Hamba Allah Berpenyakit

Sedikit perkongsian di pagi hari:
Memetik kalam mutiara As-Sheikh Mustafa Masyhur,

“Hari demi hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat ini sedang luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh”.

Ramai antara kita hari ini yang Hatinya hidup dan tidak mati, namun Hatinya penuh dengan penyakit. penyakit dusta, penyakit hasad dengki, penyakit ujub dan takabbur, penyakit segala penyakit. analogi mudahnya umpama sebuah/segumpal/sekepal jantung manusia yang masih berfungsi mengepam darah namun degupannya bermasalah atau dari segi istilah medic, "cardiac arrythmias" (abnormal heart rhythm/heartbeat) kejap laju, kejap normal. kesannya? affect seluruh tubuh badan dengan wujudnya cabang penyakit lain pabila tidak diubati. serupa dengan Hati kita. kejap normal mengikut fitrah, beriman, jumpa duri tepi jalan pun kita kutip, tetapi ada juga kadang kala timbul bibit-bibit hasad dengki yakni antara penyakit hati, tak boleh lihat sahabat lain lebih hebat dari kita, allergik ada je benda tak kena di mata. Andai dibiarkan berlarutan tanpa dirawat, maka akan makin berlipat ganda pula wujudnya penyakit2 hati yang lain sama ada sifat sombong, ria' mahupun takabbur. diakhirnya? sudah pasti affect tingkahlaku@sahsiah diri kita juga yang semakin buruk dari hari ke hari. dan manusia sekeliling mula menjauhi

Jika jantung punyai specific ubat-ubatan doctor tetapkan mengikut kondisinya, Beta blocker, ACE inhibitor etc, maka Hati manusia juga punyai penawar mustajab yang Allah sudah tetapkan maha cantiknya untuk adjust 'normal' sentiasa. Andai hati leka dengan zina, puasa penawarnya. Andai hati penuh dengan sifat iri hati, panadol tiada ertinya melainkan Zikrullah pengubat jiwa. hati dikuasai sifat amarah? Wudhuk jawapannya. Tiada "shortcut" untuk mengubati hati. Semuanya bermula dengan sikap diri sendiri. Setiap masalah pasti ada solusinya. terpulang pada kita untuk menilai situasi bagaimana, dan method rawatan bersesuaian yang macam mana. Perkara pokoknya, beramal dengan Al-Quran dan as-sunnah, lengkapkan diri dengan tarbiah, dan sajikan hati dengan makanan rohani sentiasa. Memang payah, sekurang-kurangnya Cuba. selamat pagi, selamat bekerja, selamat berPRU. Barakallahu fi juhudikum :)


~Aiman al-Malizi
~30/4/2013@7.30am
~Mansurah, Misr

Monday 18 February 2013

Vol. 22 : Siapa aku? Siapa kau? Siapa mereka?

Kita suka orang dengar pendapat kita?
Maka perlu berlapang dada menerima pendapat orang lain juga,
Kita manusia secara lumrahnya suka kepada perdamaian?
Maka segala tindakan haruslah bebas dari wujudnya perpecahan,
Kita tahu siapa kita yang masih lagi lemah gemalai?
Maka beri kepercayaan kepada mereka yang lebih bijak pandai.

Hari ini aku belajar! Memimpin tidak semudah yang disangka,

Hari ini aku belajar! Membezakan antara memimpin dengan berfikiran terbuka atau bersifat gila kuasa,


Hari ini aku belajar! Hormat-menghormati itu asas semua perkara,

Hari ini aku belajar! Tanpa Husnuzhon maka ranap ukhuwah yang sekian lama dipelihara,


Hari ini aku belajar! Tarbiah Nabi saw bersifat syumul tanpa terkecuali adab & tatasusila,


Hari ini aku belajar! Memahami karenah dan ragam manusia tidak mungkin sekepala dalam semua perkara,


Hari ini aku belajar! Perbezaan pendapat itu adalah rahmat dalam hubungan sesama saudara,


Hari ini aku belajar! Menilai kelemahan demi kelemahan yang bersarang dijiwa,

Hari ini aku belajar! Kian mencabar sesuatu perkara selagi itu tidak kan ku kenal erti putus asa,


Hari ini aku belajar! Alangkah rugi setiap detik setiap minit dikorbankan dengan sesuatu yang sia-sia,


Hari ini aku belajar! Tika terasa bahagia tika terasa lemah dan futur Allah tetap ku semat didada,


Hari ini aku belajar! Hari esok aku belajar hari lusa aku belajar hingga akhir hayat ilmu itu tetap ku cinta.


"Sesungguhnya bersangka baik dan berlapang dada itu adalah selemah-lemah ukhuwah" 
~Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna~


p/s : Coretan di pagi buta, tatkala sang Matahari segan nak keluar kepala, tak dapat ku pejam mata, ehh dah subuh? alahai cepatnyaaa.... :D