Wednesday 6 April 2016

Vol. 32 : It's all about LIFE!

Bismillah.
Alhamdulillah.

Made a biggest decision in my life.
I know this decision might really hurt some people once existed in my life.
Once you put your heart into something, just do it! Regardless of what people may think about you, either positive or negative. May Allah guide.

As long as you understand what you are doing, why you take that hard decision. You know its gonna change your life FOREVER!

Kadangkala kita rasa takut nak berhijrah keluar daripada zon selesa sebab kita tak yakin dengan diri sendiri, kita tak tahu apa potensi ada pada diri sebenarnya yang membolehkan kita pergi lebih jauh tanpa disangka-sangka. Kita risau apa orang kata, kita risau hati-hati manusia yang bakal terluka sebab tindakan kita. Terutama jika kita pernah rasai episod-episod duka di zaman silam, dah banyak hati yang kita kecewakan dan kita betul-betul tekad tak mahu ulangi lagi.

Tapi apakan daya, kehidupan tetap kehidupan. Tiada orang lain boleh decide untuk kita melainkan diri sendiri. Memang perit, tersangat perit! Letaklah sepenuh-penuh tawakal dengan setiap perkara yang kita pilih semata-mata untuk kebaikan diri dan ikhlas kerana Allah, nescaya akan ditunjukkan juga hikmah pada satu masa nanti. Jika bukan hari ini, esok, lusa, tulat dan seterusnya mudah-mudahan. Teruskan istikharah walaupun Allah sudah beri petunjuk.

Syurga buat jiwa yang kental dan pantang mengalah.
Syurga buat jiwa yang tidak mudah tunduk dengan cinta selain daripada Allah.
Syurga buat jiwa yang tidak pernah puas mentarbiah diri walau apa jua ujian menduga.

Apa lagi matlamat hidup kita ni selain daripada Syurga Allah? Kita cari nikmat-nikmat dunia tiap-tiap hari pun kita tak mungkin boleh lupa erti syahadah dilafazkan secara sedar dalam solat 5 kali sehari.

Tinggalkan jauh-jauh segala lambaian di sepanjang jalan yang bisa tarik kita tersungkur daripada landasan kehidupan!

AIMAN ESOK HARI TIDAK LAGI SAMA SEPERTI AIMAN YANG SEMALAM!

Moga Allah redha. Insya-Allah.