Thursday 20 June 2013

Vol. 26 : I'm going home, I'm going home


Less than a month... and still counting before depart...back to Malaysia *not sure to put either smiley or sad emoticon here*

PELIK.
Kadang rasa tak kesah langsung nak balik, tapi certain masa ada juga terlintas di hati rasa tak sabar nak balik tahap Max. Kadang rasa nak menikmati cuti panjang di tanah arab especially Ramadhan, tapi kadang rasa macam ada banyak benda nak buat kat Malaysia tu..

Ceritanya bermula begini,
Actually pada awalnya orang plan tak nak balik tahun ni *konon bajet tough boleh tahan homesick*
Kononnya nak merasa Raya Aidil Fitri kat sini tahun ni. Konon jelaah kan.. Member semua dah pakat-pakat beli tiket sekali since before Final Exam dulu lagi. 2-3 bulan awal sebelum Jun. Aku sorang buat dek buat tak kesah pun nak usha tiket flight. Orang lain semua eksaited nak balik Malaysia cuti panjang, aku lagi eksaited nak stay sini. Skype dengan parent pun habak awal-awal "Aiman tak rasa nak balik this year..tahun lepas kan dah balik" Abi Ummi pun alright je tak kisah. So okay lah...

Dua bulan sudah berlalu..Exam Final pun sudah melabuhkan tirai..

Tiba-tiba!! *drumroll*

Ummi whatsapp berbunyi begini,
Ummi : "Man.. survey tarikh nak balik Malaysia. Nanti Ummi belikan online"
Aku    : "Bukan dulu Ummi tak kesah Aiman tak balik ke? Hehe"
Ummi : "Jangan tanya kenapa. Ummi Abi rindu nak buat cemana"

Kih3. Geli hati den baco ehh. Dah agak dah mesti ummi surrender suruh balik punya. Sebelum ni whatsapp dengan akak pun dia dah bagi hint dah orang rumah tu tengah rindu kita . Dah anak duduk jauh nak dekat setahun.. Tak kan tak rindu kan :')



Dah parent demand kita balik, sebagai seorang anak kita seharusnya Taat ye dok? ececehh..
Nak bagi alasan pun tak sampai hati. Padahal dah commit dengan senior nak join program time hujung summer nanti kat Mesir ni. Lagi jadi serba salah nak cancel.

Sekali time dah beli tiket, ada-ada je macam-macam flyers pasal event kat Malaysia + jemputan program sepanjang cuti Summer especially bulan Ramadhan. Alhamdulillah ada juga hikmah even Allah 'takdir' tak dapat stay Mesir sampai habis cuti summer nanti. Tak dapat join program kat sini, kat Malaysia sana pun ada..So bergembiralah wahai Aiman :)

Sehingga bertemu semula :
Ammu-ammu gawazat airport Cairo,
Kakak-kakak stewardess tak berapa nak comel dengan mekap tebal berlapis-lapis,
Tuan pilot yang kacak bergaya dengan beg leather hitam & tiga calit di bahu *pangkat*,

Family Nor Hashimi,
Kawan-kawan di Malaysia sana.

Nantikan..

MALAYSIA AKU DATANG! :D

Monday 17 June 2013

Vol. 25 : Aku dan 'blog'

Aku 'blog'..
Bila aku rasa aku perlu..
Aku 'blog'..
Bila aku rasa masa yang bakal diluang tidak menjadi fitnah bagiku..

Aku 'blog'..
Bila sesuatu perkara itu tak terluah dengan kata-kata..
Aku 'blog'..
Bila sesuatu perkara lebih baik didiamkan dan tiada salah dibiarkan jari-jemari berbicara..

Aku 'blog'..

Tanpa aku kisah siapa pun yang membaca.. *kecuali sang Pencipta & malaikat di bahu kiri kanan*
Aku 'blog'..
Tanpa aku kisah blog traffic dah jauh mana waima dah berapa ramai follower..

Kerna bukan itu sebab-musabab aku bermain dengan papan kekunci..
Semoga tiada sekecil zarah pun bit-bit ayat disini yang bisa menjadi fitnah/saham dosa di dunia sana..
Aku akan ingat itu setiap kali terdetik di hati rasa mahu berkarya..
Walaupun aku tahu diri ini bukan, bahkan takkan pernah jadi sang pengkarya tegar masyhur seantero dunia..
Hahaha..
Ahh Aiman tak kesah..

*
SENYUM!!*

Sunday 16 June 2013

Vol. 24 : Soal Fitrah atau Hikpokrit?

Pabila sang jahil mula berbicara soal Kebaikan alangkah mudah manusia menggelarnya Hipokrit?
Sememangnya tak faham.
Sedang sang jahil terus menerus jahil dengan amalan jahil manusia cukup mudah 'berlapang dada' atas alasan "Biarlah sekurang-kurangnya dia sedang menjadi dirinya sendiri"?
Sememangnya dua kali ganda sukar untuk difahami.

Bukan ke setiap yang Baik itu adalah Fitrah yang Allah telah lengkapkan dalam diri setiap Adam mahupun Hawa?
Salah tak kalau aku kata mereka yang jahil mula berbicara makruf *kebaikan* actually sedang mencuba kembali kepada Fitrah?

Maka atas dasar apa kita perlu jadi begitu Judgemental dengan golongan-golongan macam tu?
Kesimpulannya, Perbetulkan semula tanggupan. Buang sejauh-jauhnya mentaliti cop-mengecop orang Hipokrit. Sebaliknya jadikan ia sebagai batu loncatan kepada diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Ada baiknya soal diri sendiri, "Ehh sejahat-jahat si pulan tu pun still boleh ajak benda baik, Aku ni cemana pulak? dah tahap iblis ke apa?" haaa senang je kan??

Biasakan diri dengan amalan Husnuzhon *bersangka baik*. Tak susah pun. Goodluck :)