Wednesday 6 April 2016

Vol. 32 : It's all about LIFE!

Bismillah.
Alhamdulillah.

Made a biggest decision in my life.
I know this decision might really hurt some people once existed in my life.
Once you put your heart into something, just do it! Regardless of what people may think about you, either positive or negative. May Allah guide.

As long as you understand what you are doing, why you take that hard decision. You know its gonna change your life FOREVER!

Kadangkala kita rasa takut nak berhijrah keluar daripada zon selesa sebab kita tak yakin dengan diri sendiri, kita tak tahu apa potensi ada pada diri sebenarnya yang membolehkan kita pergi lebih jauh tanpa disangka-sangka. Kita risau apa orang kata, kita risau hati-hati manusia yang bakal terluka sebab tindakan kita. Terutama jika kita pernah rasai episod-episod duka di zaman silam, dah banyak hati yang kita kecewakan dan kita betul-betul tekad tak mahu ulangi lagi.

Tapi apakan daya, kehidupan tetap kehidupan. Tiada orang lain boleh decide untuk kita melainkan diri sendiri. Memang perit, tersangat perit! Letaklah sepenuh-penuh tawakal dengan setiap perkara yang kita pilih semata-mata untuk kebaikan diri dan ikhlas kerana Allah, nescaya akan ditunjukkan juga hikmah pada satu masa nanti. Jika bukan hari ini, esok, lusa, tulat dan seterusnya mudah-mudahan. Teruskan istikharah walaupun Allah sudah beri petunjuk.

Syurga buat jiwa yang kental dan pantang mengalah.
Syurga buat jiwa yang tidak mudah tunduk dengan cinta selain daripada Allah.
Syurga buat jiwa yang tidak pernah puas mentarbiah diri walau apa jua ujian menduga.

Apa lagi matlamat hidup kita ni selain daripada Syurga Allah? Kita cari nikmat-nikmat dunia tiap-tiap hari pun kita tak mungkin boleh lupa erti syahadah dilafazkan secara sedar dalam solat 5 kali sehari.

Tinggalkan jauh-jauh segala lambaian di sepanjang jalan yang bisa tarik kita tersungkur daripada landasan kehidupan!

AIMAN ESOK HARI TIDAK LAGI SAMA SEPERTI AIMAN YANG SEMALAM!

Moga Allah redha. Insya-Allah.


Tuesday 29 March 2016

Vol. 31 : V.E.R.S.U.S

Masa bergerak pantas mendekati jam 9 malam..

Madrasah Imam Nawawi semakin menuju ke penghujung. Minda sudah mula hilang konsentrasi, berlegar-legar di kepala "balik ni nak masak apa ehh..study pun tak lagi hari ni..masak simple jelaa.."

Sedang asyik menggelamun, tiba pada bait kata-kata penutup ustaz penceramah, hati tersentak buat seketika,

"kita belajar di Mesir setiap bulan kita minta duit pada ayah, ayah tetap beri tanpa beri banyak alasan pun. Sedangkan kita tak tahu disana betapa struggle seorang ayah ikhtiar dan usaha titik peluh untuk tampung keperluan kewangan. Kita pula disini balas jasa ayah bagaimana? Sanggup ke kita balas dengan dosa-dosa harian? Ayah susah payah beri duit, kita pergi Mesir hidup penuh berfoya-foya? Sanggup kah kita?"

Lantas ku terfikir, hidup berkelana 5 tahun di Mesir ni agak-agak jika ditimbang antara pahala dan dosa pernah disumbangkan kepada mak ayah, mana lebih berat sebenarnya? Jujur tiada jawapan.

Aiman si pelaku dosa atau pengumpul pahala?

Banyak perlu koreksi diri. MUHASABAH!

Ibnu Hashimi,
10.59pm,
Mansurah, Mesir.