Tuesday 1 May 2012

Vol. 2 : Mansoura?

Assalamualaikum...

Jam kini menunjukkan 5.20 PM~

okay. regarding the title above,u may wondering what I'm going to tell right? As I'm currently pursuing medicine in Egypt, lately,there's a lot of questions from the juniors asking about Egypt and the most important,what the hell with PBL Mansoura - Manchester program? PBL stand for "problem based learning" for your information. It was really tiring for me to answer the same question again and again. plus a bunch of friend request in FB having a mutual friends whose planning to go to Egypt -.- but thinking of, "alaahh dulu masa awal2 kau nak datang sini pun dok tanya senior macam-macam juga" , so....what to do?just laaayaaann jelah :)

since people keep asking about the same thing, so I had listed down all the important information people might want to know about Mansoura and PBL program in 1 facebook group before. but it was only for the student under Medic Mesir agency for 2012 intake. and not all the people 'inbox' are going under MM. need to be fair to all. so I'll just copy and paste it below. It might not really complete about Mans , just enough for u to imagine in general about how and what is the situation/environment/social life once u touch your feet in Mansoura, Egypt. do Enjoy your reading. ohh another thing, I wrote all of them before in Malay. sorry for the inconvenience. Thank you :)

Ada Apa PBL Mansoura - Manchester Program?

Assalamualaikum semua.buat pencerahan untuk mereka yg tertanya2 apakah itu sebenarnya konsep PBL (problem based learning) Mansoura-Manchester program. Kerana sebagai student Mansoura uni, saya hanya layak berbicara mengenai universiti saya sahaja. Universiti lain insyaAllah senior uni masing2 akan explain in detail or even Ummi sndiri yang lebih banyak experience. Okay ada yang cakap PBL ni macam sistem ordinary, traditional or modern. Actually PBL adalah sangat2 BERBEZA daripada program2 uni lain di Egypt ni.


Al-Azhar dan Tanta : sistem conventional/traditional *Al azhar ada tambahan program Tahfiz berkembar*

Alexandria : konsep Module *ubahsuaian formula silibus yg lebih berkesan*

Mansoura : Problem Based Learning (PBL)

Untuk kursus program PBL di universiti Mansoura, mereka mengguna pakai sistem yang SAMA seperti yang dijalankan di Faculty of Medicine of Manchester University, United Kingdom. Silibus juga diambil dari sana. Hasil collaboration between Mansoura & Manchester University. Setahun ada 2 semester.setiap semester ada 10 case.seminggu = 1 case. Sistem pembelajaran berdasarkan case by case. Contohnya dlm satu case, dia dlm bentuk karangan ringkasan. Akan ada certain2 problem/disease/system of human body yg kita kena rungkaikan sendiri daripada setiap perenggan tu. Sebab itu student perlu seat discussion/tutorial PBL untuk bincang segala perkara tu. Cari objektif, penyelesaian masalah, dan lain2. Seperti contoh dlm semester 1, ada case pasal Heart Disease! Semua tahu secara basic kan mcm heart attack, jantung berlubang. Tetapi apa yg unik dlm PBL ni, student akan discuss :

1. Mechanism of disease (physiology),
2. Symptom
3. How to cure
4. Anatomy (basic structure)
5. Histology (cell structure) of Heart itself in GENERAL (for foundation year)


Apa-apa mengenai Heart. Dan apa yg bestnya mengenai PBL ini adalah, at the end of the week student sendiri akan PRESENT either sesama group PBL sndiri or depan semua doctor a.k.a PBL tutor & student di lecture hall. Dari situ lah akan asah presentation/leadership skill anda :) tapi mungkin anda tertanya2, dari mana kita nk dapat info semua tu kan? maka itu lah gunanya ada berapa lecture, practical PBL session and medical terminology dalam seminggu. Kalau still tidak cukup info then kena browse sndiri di internet, search daripada buku. Program conventional pun ada juga lecture, practical session and English class. Tapi bezanya dengan Mansoura-Manchester program, student ada tambahan Tutorial session untuk PBL tu. So student bleh discuss in smaller group. 10-12 students only per group. PBL session dan exam midterm ada sumbang beberapa peratus markah untuk result final. Tidak terlalu berharap kepada exam final semata-mata


Kebaikan :

1. Timetable yang flexible untuk student 1st year
2. Setiap lecture 1-2 jam sahaja, practical pun mcm tu juga. Tidak terlalu menekan hidup seorang mahasiswa perubatan. Paling lama class dalam sehari pun smpai tengahari sahaja. Tiada santap sampai ke petang (except,kalau student Tahun Clinical)
3. Hidup agak tenang di lembah sungai Nil. Petang/mlm2 jalan2 tepi sungai sambil menikmati dendangan musik Raya di telinga, fuhh homesick terus. Haha. Layan r juga even tak secantik Alexandria *kawasan pantai*
4. SYURGA MAKANAN especially makanan Melayu. Mansoura ada mcm2 pilihan makanan. Nak melayu?indon?arab?western?KFC pizzahut pun ada kt sini. Mostly ada delivery. Tinggal ready duit sahaja. Restoran 24 jam pun ada :))
5. Mudah nak dapatkan barang2 keperluan harian/bulanan. Banyak kedai dan supermarket kecil2 kat area rumah dan gamaah (universiti)
6. Kos sara hidup yang rendah sekitar RM300-400 sebulan. Sewa rumah murah, teksi murah, barang makanan pun murah
7. Stadium universiti yang lengkap dgn kelengkapan sukan *especially untuk ikhwah yg minat sukan* ada futsal indoor & outdoor,padang bola,gym,squash,tenis,pingpong, even swimming pool ! :)
8. Cuti yang panjang dan AWAL untuk summer holiday. Dalam bulan Jun dah cuti dah. Dalam 3-4 bulan juga *nanti anda dah datang sini, benda ni laa yang paling dinanti2kan! sebab nk balik Malaysia* :D
9. Transportation ke gamaah tiap2 hari mudah.sama ada jalan kaki je *dekat* atau naik teksi sahaja serendah harga 3 genih (sekitar RM1.50) sahaja
10. Masuk kedai restoran memana or naik teksi, ammu arab rajin pasang ayat Quran.dah mcm 'musik harian'. Menjadi wadah penyuci jiwa tatkala dalam perjalanan ke kelas menuntut ilmu :)
11. Mansoura university mmpunyai banyak kemudahan Hospital serta pakar dibawah pengurusannya sendiri untuk kegunaan pelajar2 senior clinical
12. Masa luang yang panjang mmberi peluang kepada student untuk memanfaatkan masa itu dengan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran
13. Suasana dan cuaca environment yang kondusif untuk menuntut ilmu. Pada musim winter, suhu serendah 7-10 celcius pada waktu malam *tanggapan bahawa Mesir adalah negara panas adalah salah sama sekali.kecuali ketika musim Summer*


Keburukan :

1. orang muda Arab kat sini KUAT MENGANJING student malaysia.sabar jelaa tiap2 hari -.-
2. tiada langsung shopping complex besar2. Bad news untuk orang2 yang suka bershopping tu. Alex & Cairo je ada
3. Kadangkala suasana hirup pikuk dengan pencemaran bunyi HON kenderaan juga sangat menguji kesabaran, lagi2 time nak dekat exam final sibuk study
4. Kurang kedai2 barang berjenama. Setakat Adidas Nike tu ada laa kat sini. Service centre untuk barang2 elektronik mcm Dell, Apple, HP semua tiada di Mansoura. Perlu pergi ke Cairo
5. Rekabina bangunan2 disini yang agak buruk & ketinggalan zaman. Semua design petak je. Tiada seni rekabina moden *jangan beri harapan tinggi lah ye*
6. Hidup yang kurang tertekan setiap hari mungkin membuatkan student hilang fokus untuk study. Tambahan musim winter yg sangat menguji kesabaran, antara buku dan bantal. Pilih salah satu
7. Mansoura xde pakai mayat Real. Semua menggunakan organ dalam Jar & replica sahaja. Mungkin kefahaman Islam disini tidak mmbenarkan penggunaan mayat untuk pelajar perubatan
8. Tiada tempat tarikan pelancong. Cukup sekadar jalan2 gitu sahaja
9. Sistem pembelajaran disini yang agak strict dan susah untuk mmberi Mumtaz kepada pelajar.but nothing impossible right?ada sahaja senior MM yang mampu Mumtaz dari tahun 1 sampai 4. TAPI! juga sukar untuk fail ! melainkan student tu tidak study langsung

Sekian itu sahaja sedikit sebanyak perkongsian dari saya. Moga memberi pemahaman & percambahan minda kepada semua. Cukup lah untuk menggambarkan keadaan sebenar di Mans ni. Sila perbetulkan jika terdapat percanggahan fakta. Akhir sekali, TAJDID semula niat anda untuk ke Mesir. Terima kasih kerana sudi membaca.Jumpa anda di Mansoura. InsyaAllah. Jzkkk



Jam kini menunjukkan 5.41 PM~

No comments:

Post a Comment